SEMENJAK pelakon Emma Maembong mengumumkan dirinya sedang berbadan dua pada Julai lalu, peminat antara yang teruja dan tak sabar menantikan kelahiran bayi pertamanya itu. Ada yang mula berteka-teki mengenai jantina sehingga membuat spekulasi kononnya pelakon ini sedang hamil anak kembar kerana saiz kandungan yang besar. Namun dalam diam, rupa-rupanya Emma sudah selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Emma Maembong kini hamil, tayang ‘baby bump’ di tepi pantai - “Bulan madu pertama, percutian akhir berdua...” Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya Muhammad Shazli Azhar menerusi Instagram pada pagi Selasa. "Alhamdulillah... 8.11.2020 Allah maha besar! Baby boy," tulisnya. Suami umum berita gembira di Instagram. Shazli bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kelahiran bayi sulung mereka itu. Malah, Emma dan adik-beradiknya yang lain juga tidak berkongsi mengenai kelahiran bayi tersebut di laman sosial mereka. Sementara itu, ruangan komen Instagram milik suaminya itu dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis. Pada Isnin, sebuah portal berita melaporkan pasangan ini sudah mengadakan majlis doa selamat dan aqiqah bayi mereka, baru-baru ini. Emma, 27, berkahwin dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!