suria

Foto Sissy Imann bertudung jadi ‘modal’ tarik pelanggan - “Saya lebih rela disamakan dengan Zizi Kirana!”

Sissy tegur sikap tidak bertanggungjawab seorang ejen pinjaman peribadi guna foto tanpa kebenaran.

PENYANYI Sissy Imann terkejut apabila mengetahui wujud satu akaun palsu di Facebook menggunakan foto wajahnya tanpa kebenaran.

Menurut Sissy, 25, tindakan individu dipercayai ejen pinjaman peribadi itu menyalahi undang-undang dan boleh memberi kesan negatif terhadapnya, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan urusan kewangan.

"Saya lebih rela disamakan dengan Zizi Kirana daripada ada sangkut paut dengan urusan melibatkan wang ringgit ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Keterlaluan! Sissy Imann berang individu tinggalkan komen hina ibunya - “Saya tak maafkan sampai masuk ke liang lahad”

"Tolong kepada anda semua yang buat perniagaan atau apa-apa urusan yang melibatkan perkhidmatan atau jualan ke, janganlah sewenang-wenangnya pakai gambar orang tanpa izin. Salah tau!

Perkongsian Sissy di Instastory.

"Kita nak cari rezeki ni tak payah jaja gambar orang... berniagalah dengan beretika. InsyAllah ia akan menjadi milik anda, semoga tuhan memberkati anda," katanya menerusi Instagram.

Sebelum itu, Sissy meminta bantuan pengikutnya untuk melaporkan akaun palsu menggunakan foto wajahnya tanpa kebenaran dengan nama Amirah Zuraini.

Sissy tegur sikap tidak bertanggungjawab seorang pemilik akaun Facebook.

"Tolong saya laporkan akaun ini. Dia pakai gambar Sissy. Akaun ni buat urusan pinjaman peribadi," tulisnya.

Selepas beberapa jam memuat naik status mengenai akaun palsu itu, penyanyi lagu Pesanan Ayahanda ini memaklumkan pengguna itu telah menutup akaun berkenaan.

"Terima kasih kepada semua yang dah tolong report, katanya akaun dah tak ada. Dah orang ingat saya buat pinjaman peribadi pula," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain