suria

Muat naik foto bersama dengan kapsyen nak 'try', Uyaina Arshad anggap Zizan Razak bergurau - “Dia tahu saya rapat dengan Raja Syahiran”

Raja Shahiran meninggalkan komen di foto Zizan dengan Uyaina.

FOTO pelawak Zizan Razak bersama Uyaina Arshad berserta kapsyen seakan-akan ingin memikat aktres itu yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, bagaimanapun menganggap kapsyen itu sekadar gurauan memandangkan Zizan mengetahui hubungannya dengan penyanyi Raja Shahiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Syahiran anggap Uyaina Arshad matang dan profesional - “Kami masih dalam fasa perkenalan”

Malah, Uyaina turut terhibur membaca komen balas Zizan kepada Raja Shahiran yang mendoakan agar hubungan dia dan penyanyi itu kekal hingga ke jannah.



Komen balas Zizan mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal hingga ke jannah.

"Gambar tu diambil selepas kami selesai merakam satu babak bersama dalam telemovie Puteri Bulan. Saya tahu dia bergurau, saya tak kisah pun... lagi terhibur ada la.

"Dia pun sebenarnya tahu saja saya rapat dengan Raja Syahiran, jadi tak ada isu pun. Lagi saya rasa kelakar bila Zizan balas komen Raja Shahiran macam itu," katanya kepada mStar.

Spekulasi hubungan cinta Uyaina dan Raja Shahiran mula timbul selepas foto pasangan itu berpakaian sedondon ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Mira Filzah menjadi tular pada 7 September lalu.

Lagi saya rasa kelakar bila Zizan balas komen Raja Shahiran macam itu.

UYAINA ARSHAD

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 25 September lalu, Raja Shahiran mengakui dia dan model muslimah itu kini dalam fasa mengenali satu sama lain.

Dalam pada itu, Uyaina yang terkenal dengan watak Usu Sakinah dalam drama Perempuan Tanpa Dosa memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa kini.

Menurut Uyaina, dia mahu memberi perhatian kepada karier seni terlebih dahulu selain ingin mencuba pelbagai watak di masa hadapan.



Foto Uyaina memakai pakaian sedondon dengan Raja Shahiran di majlis resepsi Mira Filzah.

"Di usia ini, saya bukan main-main dah mencari pasangan, cuma sekarang kami lebih fokus kepada karier masing-masing. Lagipun masih baharu sangat bertapak dalam industri seni.

"Kalau boleh saya nak cuba watak lain sikit... saya nak orang nampak bakat saya. Nak jadi pelakon yang versatile tak boleh duduk dalam zon selesa, kena banyak cuba benda baru," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain