suria

Ezzaty Abdullah terlibat kemalangan selepas balik penggambaran, langgar penghadang jalan pukul 3 pagi - “Bukan sebab saya mengantuk ya!”

Ezzaty Abdullah terlibat kemalangan pada awal pagi Jumaat.

PELAKON Ezzaty Abdullah, 30, berdepan dengan situasi cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Besi kira-kira pukul 3 pagi Jumaat.

Menurut Ezzaty, insiden itu berlaku ketika dia dan pengurus peribadi (PA) dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama.

"Allahuakbar, ini kali pertama kereta kena towing sebab accident sendiri langgar penghadang jalan. Habis shooting pukul 1 pagi dari pukul 9 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah faham situasi ibu bapa terpaksa bawa anak keluar rumah - “Tapi maaf ibu tak berani... tak ada ilmu kebal!”

"Alhamdulillah nasib baik saya dan PA tak apa-apa. Saya yang memandu tapi kemalangan bukan sebab (saya) mengantuk ya," katanya.

Ezzaty berkongsi insiden kemalangan itu di laman Instagramnya.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga menjelaskan kereta jenis BMW yang dipandunya cuba mengelak sebuah lori dan kereta di belakang.

Bukan mudah nak senang, harap semuanya ada hikmah dan hasil.

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

Walaupun begitu, Ezzaty melahirkan rasa syukur kerana dia dan pembantu peribadi tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Peminat dan rakan artis seperti Azhan Rani, Mira Filzah, Dynas Mokhtar dan Aishah Azman turut menitipkan pesan agar pelakon itu sentiasa berhati-hati di jalan raya.



Selepas kemalangan, Ezzaty terpaksa bergegas pula ke Sekinchan untuk penggambaran drama.

Sementara itu, Ezzaty berkata, selepas selesai segala urusan berkaitan kemalangan itu, dia perlu meneruskan kerjanya untuk ke set penggambaran di Sekinchan Selangor pada pukul 4 pagi Jumaat.

"Call time pukul 7 pagi di Sekinchan dan malam di Ampang, pukul 3.38 pagi baru selesai semuanya, Tido 30 minit... syukur ada masa kejap untuk rehat.

"Perjalanan dua jam juga nak ke Sekinchan dan malam ini penggambaran di Ampang pula. Bukan mudah nak senang, harap semuanya ada hikmah dan hasil. Amin," katanya.

Sementara itu, Azwan ketika dihubungi mStar meluahkan rasa syukur kerana isterinya dan pembantu peribadi tidak cedera atau trauma selepas berdepan kejadian itu.

"Alhamdulillah, dia tidak cedera dan trauma cuma saya pesan supaya lepas ini kena lebih hati-hati ketika memandu kerana nyawa tidak boleh dicari ganti,

"Akibat kemalangan itu, kereta mengalami sedikit remuk dan dua tayar di bahagian kiri pecah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain