suria

“OMG, I'm crying... Kakakku sudah dilamar” - Nelydia Senrose sebak tonton Kamal Adli lamar Uqasha Senrose di pentas AME2020

Nelydia terharu apabila kakaknya bakal tamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

TINDAKAN berani pelakon Kamal Adli melamar kekasihnya iaitu Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), malam Ahad menerima pelbagai reaksi daripada peminat termasuklah keluarga aktres berkenaan.

Adik kepada Uqasha yang juga pelakon, Nelydia Senrose meluahkan rasa teruja sehingga menitiskan air mata apabila kakak kesayangannya itu bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hati tidak lama lagi.

"Oh my god (OMG) I'm crying... Sangat gembira dengan awak Sha (Uqasha). Saya sayang anda berdua sangat! Kakakku sudah dilamar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli buat kejutan! Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020

"Alhamdulillah tahniah Sha dan Kamal. Guys kesayangan kita dah nak kahwin!" tulisnya.

Alhamdulillah tahniah Sha dan Kamal. Guys kesayangan kita dah nak kahwin!

NELYDIA SENROSE

PELAKON

Pada malam Ahad, Kamal Adli menggamatkan pentas apabila membuat kejutan dengan melamar Uqasha semasa siaran langsung AME2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC).

Hero drama Perempuan Tanpa Dosa itu melafazkan kata lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian dengan melutut di hadapan aktres itu disaksikan penonton di dewan dan di rumah.

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?



Nelydia kongsi rasa teruja di Instastory.

Kamal kemudiannya mengulangi semula soalannya sebelum aktres berusia 28 tahun itu menjawab 'yes' sambil disambut sorakan penonton.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Sebelum ini, pengarah Michael Ang secara tidak sengaja membongkar rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain