suria

10 bulan pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari ditanya adakah bakal kahwin lagi? - “Setiap hari menangis dan sekarang masih menangis lagi...”

Bunga Citra Lestari belum terfikir untuk berkahwin lagi.

SELEPAS 10 bulan pemergian pelakon Ashraf Sinclair, isterinya iaitu Bunga Citra Lestari mengakui perasaan rindu terhadap arwah suami masih belum hilang.

Menurut laporan Hot Detik, Bunga berkata dia memerlukan waktu untuk mengubat kerinduan dan mencari semangat baharu selepas pemergian insan tersayang itu.

"Dari awal saya perlukan terapi, konsultasi untuk memulihkan diri, setiap hari menangis dan sekarang masih menangis lagi... tapi sekarang ini sudah boleh beraktiviti kembali.

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari meninggal dunia, kediaman Ashraf Sinclair masih dihadiri tetamu dan jadi tumpuan media

"Selepas keluarkan lagu (12Tahun Terindah) itu, lima enam bulan kemudian baru saya boleh melakukan sesuatu," katanya semasa ditemubual oleh Maia Estianty dalam saluran YouTube.

Dalam program tersebut, Maia turut bertanya kepada Bunga sama ada dia sudah bersedia untuk mencari pengganti dan kembali bergelar seorang isteri.

"Kamu ada keinginan untuk bernikah lagi tak?" tanya Maia.



Pada Februari lalu, berita pemergian Ashraf mengejutkan ramai peminat.

"Sekarang?" jawab Bunga sambil memberi reaksi tubuh dengan menggelengkan kepala.

"Belum ya? Belum! Tak apa, yang penting kami berjaya dan semangat ya!" kata Maia.

Pada 18 Februari lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung.

Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain