suria

Kurang tawaran nyanyian tak jejas kehidupan harian Shiha Zikir - “Syukur sebelum ini banyak buat simpanan”

Shiha fokus pada bidang seni lain memandangkan sukar mendapat tawaran membuat persembahan nyanyian.

BERSYUKUR kerana mendengar nasihat daripada seniwati Allahyarham Sharifah Aini, penyanyi Shiha Zikir mendedahkan kehidupannya tidak terjejas dalam musim pandemik Covid-19 disebabkan ada simpanan.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, biarpun tiada lagi tawaran menyanyi seperti sebelum ini namun kehidupan hariannya tidak terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir buat 'swab test' dan kuarantin diri biarpun bukan kontak rapat Alif Satar

"Alhamdulillah... walaupun dalam keadaan pandemik ini, kehidupan saya tidak la terganggu sangat. Sebab saya suka menyimpan seperti mana yang dipesan arwah Sharifah Aini.



Shiha menggantikan Siti Nurhaliza menerusi lagu 7 Nasihat yang mara ke AJL35.

"Arwah berpesan, setiap kali dapat bayaran kena beringat untuk simpan dalam 50 peratus duit bayaran yang kita dapat. Mula-mula itu memang agak berat nak buat tapi sekarang baru nampak kebaikan itu.

"Waktu sekarang ini memang susah nak dapat tawaran menyanyi, kalau sebelum ini boleh kata setiap minggu ada tawaran show luar. Jadi, simpanan saya buat selama ini sangat membantu.

"Tambahan pula dengan pihak TV dan produksi yang banyak panggil saya untuk berlakon. Alhamdulillah, perjalanan seni saya masih berjalan dengan lancar," kata Shiha kepada mStar.

Saya banyak dapat tawaran watak komedi tapi teringin juga dapat watak antagonis, mudah-mudahan ada rezeki.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI & PELAKON

Penyanyi berusia 33 tahun ini juga bakal beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-35 pada Februari tahun hadapan menerusi lagu 7 Nasihat menggantikan penyanyi asal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, Shiha mengakui tiada tawaran nyanyian telah membuka peluang untuk dia aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Melihat keadaan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir, pelakon telefilem Matilah Nak Pontianak ini mahu memberi tumpuan kepada bidang seni yang lain.



Shiha pegang watak sebagai pontianak dalam telefilem Matilah Nak Potianak.

"Sekarang memang saya makin aktif dalam lakonan sebab sebelum ini saya dapat tawaran berlakon tapi tak dapat nak buat sebab jadual bertindih dengan show nyanyian. Sebenarnya saya suka menyanyi, berlakon dan mengacara.

"Tapi disebabkan pandemik, kurang tawaran nyanyian dan tak boleh nak ada aktiviti berkumpul ramai-ramai. Jadi, saya terima saya watak dan jalan cerita yang best. Macam mana pun, nyanyian tetap nombor satu.

"Cuma kedaaan sekarang, saya akan fokus kepada rezeki yang mana datang seperti berlakon dan mengacara. Saya banyak dapat tawaran watak komedi tapi teringin juga dapat watak antagonis, mudah-mudahan ada rezeki," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain