PELAKON Dayana Roza, 29, selamat disatukan dengan usahawan, A'dale Adham Ayahudin, 33, di Masjid Negara, Kuala Lumpur kira kira pukul 8.57 pagi, Jumaat. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Dayana, Kamsum Baharin Kassim disaksikan Imam masjid berkenaan, Muhammad Afif Jamal. A'dale menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang manakala mas kahwin berupa gelang tangan bernilai RM2,000. ARTIKEL BERKAITAN: Dayana Roza bertunang, dulu benci sekarang sayang - “Saya pernah kata kalau dia lelaki akhir di dunia pun, akan fikir banyak kali nak kahwin” Manakala wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua keluarga. "Alhamdulillah terpateri sudah ikatan yang sah antara kami. Sepatutnya kami nikah pada 12 Disember lalu. Kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik Covid-19 ini yang membataskan banyak perkara, kami dapat melangsungkan yang wajib dulu dan dilangsungkan pagi ini. Dayana bernikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur. "Kami cuba mempercepatkan majlis nikah ini seperti yang dirancang kerana datuk A'dale sudah tua dan sakit. Cuma datuknya tak sihat dan tak dapat tengok majlis akad nikah. "InsyaAllah kalau tiada aral melintang majlis resepsi akan dibuat 10 Januari depan juga di ibu kota. Cuma sejurus selepas majlis nikah ada sedikit keraian diadakan di sebuah premis acara," kata Dayana. Saya sukakan A'dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan! DAYANA ROZA PELAKON Majlis pernikahan itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) dihadiri sekitar 30 orang dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan teman rapat. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos lalu. Sementara itu Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, berkata dia bersetuju menerima lamaran A'dale kerana karakter lelaki itu yang pandai mengambil hati keluarga. Dayana dan A'dale bertunang pada Ogos lalu. Malah, persahabatan mereka sudah terjalin sejak enam tahun lalu sebelum menjadi lebih serius pada tahun ini. "A'dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya sekitar empat tahun lalu. Tetapi, saya menolak lamaran itu. Tak sangka, hasratnya kini menjadi kenyataan... dia sanggup menunggu lama dan itu bererti jodoh kuat antara kami. "Sebelum ini memang kami berkawan rapat dan sering lepak bersama. A'dale juga teman gaduh dan paling suka menyakat saya. Tak sangka, jodoh depan mata, tak pernah sedar selama ini. "Saya sukakan A'dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan," katanya. Ditanya mengenai anak, pasangan ini tidak menolak dikurniakan rezeki itu dalam masa terdekat selain merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!