ENGGAN terus membiarkan orang ramai meratapi musibah yang melanda negara dan dunia akibat pandemik Covid-19, penyanyi Khai Bahar tampil dengan lagu baharu berjudul Bangkit Semula bagi memulihkan semangat yang hilang sebelum ini. Menurut Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 27, Bangkit Semula dihasilkan bagi menyampaikan mesej positif kepada masyarakat ketika berdepan cabaran yang mendatang. "Lagu ini mengajak orang ramai agar melibat musibah, ujian dan tekanan hidup melalui perspektif yang positif. ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar tawar adik perempuan menyanyi tapi awal-awal dah kena 'reject' - “Dia hanya suka-suka sahaja” "Setiap kegagalan dan ujian yang dilalui bukanlah penghujung kehidupan seseorang, tapi ia adalah proses awal untuk kita menggenggam sebuah kejayaan yang lebih bermakna. Antara babak dalam muzik video Bangkit Semula. “Harapan saya agar mesej utama lagu ini iaitu usaha untuk bangkit semula daripada kegagalan, kemurungan dan kesedihan dapat dihayati oleh masyarakat selain mengajak orang ramai untuk keluar daripada kesedihan dan penderitaan melalui zakat dan sedekah," ujarnya. Lagu Bangkit Semula ciptaan Adi Pawana (Dr. Azrul Azlan) dan lirik bersama Alun Cendana (Gjie Majistret) ini adalah kerjasama Nuansa Kreatif Sdn Bhd serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Lagu ini mengajak orang ramai agar melibat musibah, ujian dan tekanan hidup melalui perspektif yang positif KHAI BAHAR PENYANYI "Sebenarnya ini adalah projek amal saya bersama pihak MAIWP, ia lebih kepada kempen kesedaran dan mengajak masyarakat untuk bangun semula. "Saya gemar menggunakan kapasiti sebagai penyanyi untuk menjayakan projek amal sebegini. Saya cuba buat sesuatu selagi termampu, semoga saya dan pasukan akan teruskan kerja amal macam ini sampai bila-bila. "Bagi saya selagi ada peluang dan ruang diberikan, tidak salah untuk kita menyumbang. Tidak semestinya dengan wang ringgit saja," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!