suria

Bekas isteri dan anak Fizo Omar positif Covid-19 - “Mawar dan Maryam double M kuat, boleh lawan”

Fizo mendoakan agar bekas isteri dan anak mereka cepat sembuh.

BEKAS isteri pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim dan anak mereka, Wan Maryam disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di sebuah hospital sejak Isnin.

Mawar yang juga ahli perniagaan, 32, mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan semua orang yang mendoakan keadaan dia dan anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sila tarik balik sebelum saya ambil tindakan” - Maruah Fizo dan keluarga tercalar difitnah minta bantuan kerajaan

Usahawan itu juga memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada mana-mana pihak yang cuba menghubunginya menerusi e-mel atau laman sosial.

Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh.

FIZO OMAR

PELAKON

"Terima kasih sangat kepada abang petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak sempat jawab panggilan atau e-mel dan apa-apa dari media sosial.

"Terima kasih semua yang mendoakan saya dan anakanda Maryam. Hanya Allah saja dapat balas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah.

"Saya dan Maryam boleh lawan. Mawar dan Maryam double M kuat. Fighter. Come on Maryam teruskan kuat," kata Mawar yang berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Ruang komen di perkongsian tersebut juga dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada netizen yang turut mendoakan agar ibu dan anak itu cepat sembuh.



Fizo bersama anak perempuannya, Wan Maryam.

Dalam pada itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 35, turut meninggalkan komen di perkongsian tersebut dengan berharap Mawar dan anak mereka terus kuat serta dipermudahkan segala urusan.

"Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh," tulis pelakon drama siri Pengantin Satu Malam.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan Mawa pada 10 November 2013 di Country Heights, Kajang namun pasangan itu akhirnya bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain