suria

Kembalikan kegemilangan filem sains fiksyen, Awesome TV tayang trilogi Back To The Future

Filem Back To The Future arahan Robert Zemeckis diterbitkan sejak 36 tahun lalu.

MEMPUNYAI kelompok peminatnya yang tersendiri, francais filem Back To The Future yang diarahkan Robert Zemeckis merupakan filem sains fiksyen yang cukup popular pada era 80-an.

Bagi mengembalikan kegemilangan filem itu, Awesome TV bakal menyiarkan semula filem Back To The Future I, II, dan III pada 16,23, dan 30 Januari ini pada pukul 9.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 23 tahun, filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ masih jadi pilihan ramai... Imbau memori pada hujung minggu di Awesome TV

Back To The Future yang dikeluarkan pada tahun 1985 dibintangi oleh Michael J. Fox, Christopher Lloyd dan Lea Thompson.

Filem berdurasi 116 minit ini mengisahkan tentang Marty McFly (Michael J. Fox) berusia 17 tahun yang secara tidak sengaja dihantar tiga puluh tahun ke masa lalu menggunakan mesin masa yang dicipta oleh rakan karibnya, saintis eksentrik, Dr. Emmet Brown (Christopher Lloyd).

Back To The Future II pula diterbitkan empat tahun kemudian, mengisahkan mengenai Marty kembali ke masa lalu dengan bantuan Dr. Emmett dan mempergunakan anaknya sendiri untuk mengelakkan daripada dipenjarakan.

Namun, semua usahanya menjadi sia-sia kera perubahan masa yang terjadi.

Back To The Future menggandingkan pelakon Michael J. Fox dan Christopher Lloyd.

Filem terakhir francais filem ini, Back To The Future III pula menceritakan mengenai hubungan cinta di antara Dr. Emmet dengan seorang guru sekolah ketika Marty kembali ke tahun 1885 ke Barat lama.

Marty terpaksa menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa perubahan masa yang terlalu awal.

Jangan lupa saksikan trilogi filem ini di Awesome TV, saluran 112 di MyTV.

Penonton juga boleh mengikuti perkembangan terkini Awesome TV melalui kesemua akaun media sosial saluran berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain