suria

Usop minta pandangan nak dapat badan ‘ketul-ketul’, mula aktif main gim - “Ramai kawan pakat-pakat buat badan, saya pun nak juga!”

Usop mahu dapatkan bentuk badan berotot dengan bersenam di gimnasium.

MAHU mendapatkan bentuk badan idaman, penyanyi Usop (Mentor) menggunakan waktu terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bersenam dan mengunjungi gimnasium.

Menurut Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noo, dia berazam untuk menaikkan berat badan dan memiliki tubuh yang lebih berotot bagi membina keyakinan diri.

“Sepanjang PKPB di Kedah ni tak ada nak buat apa, itu yang saya pergi gim untuk buat badanlah. Sebelum ini pernah pergi gim tapi sekejap sahaja kerana sibuk dengan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bersendirian di Kuala Lumpur, ibu bapa minta Usop balik kampung - “Mereka risau kalau saya buat perkara tak elok”

“Tahun ni saya memang berazam nak buat badan, lagi pula tengok ramai kawan pakat-pakat buat badan, saya pun nak juga.

“Nak bagi badan naik sikit supaya bila orang tengok nampak macam... mmmm dapnya! Selain itu untuk kesihatan tubuh badan kita juga, ” katanya kepada mStar.

Dekat sini saya ada jurulatih sendiri, jadi apabila balik KL nanti saya dah boleh buat rutin ini secara sendirian.

USOP

PENYANYI

Sebelum itu, Usop berkongsi video dia berada di gimnasium bersama teman-temannya menerusi laman Instagram.

Dia turut meminta pandangan pengikut mengenai cara terbaik untuk menaikkan berat badan.



Usop minta petua dan nasihat naikkan berat badan.

“Kalau nak bagi badan naik sikit dan ketul-ketul nak makan apa?, ” tulisnya di Instastory.

Sementara itu, Usop yang kini berada di Kulim, Kedah bersama keluarga berkata dia akan meneruskan hobi baharunya itu apabila pulang ke Kuala Lumpur kelak.

“Dekat sini saya ada jurulatih sendiri, jadi apabila balik KL nanti saya dah boleh buat rutin ini secara sendirian.

“Selain tetapkan waktu untuk bersenam, saya juga membantu ibu meniaga di gerai kami, Nasi Kandar Mama Usop, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain