PENYANYI Chubb-E mengakui pada mulanya dia berniat untuk memberikan lagu terbaharunya yang berjudul Biru Malam kepada penyanyi lain yang meminta karya daripadanya. Bagaimanapun Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy berkata dia memilih untuk menyanyikan lagu itu sendiri memandangkan ia dihasilkan ikhlas dari hatinya. ARTIKEL BERKAITAN: Disamakan dengan tukang cuci, Chubb-E tak terasa hati dengan Diva AA - “Kenapa saya nak kena peduli apa orang kata?” Malah penyanyi berusia 22 tahun ini mengakui kerjasama dengan penyanyi Amir Masdi sebagai rakan duet menerusi single tersebut juga adalah tepat. Chubb-E anggap pemilihan Amir sebagai rakan duet adalah tepat. "Sejujurnya, lagu ini sudah dirakamkan oleh penyanyi lain. Memang niat saya buat lagu ini untuk mereka sebab mereka minta lagu daripada saya. Malah, ketika menghasilkan lagu ini saya berada dalam fasa sedang mengenali diri. "Jadi, ilham lagu ini ikhlas dari hati. Namun, disebabkan ada beberapa isu yang timbul, jadi saya terfikir untuk menyanyikan sendiri lagu ini. Apabila saya nyanyi, saya boleh buat lebih lagi. "Kebetulan saya memang merancang satu projek khas dengan Amir. Disebabkan itu, saya menawarkannya untuk berduet dalam lagu ini. Saya anggap apa yang terjadi ada hikmah termasuk pemilihan Amir. Kita manusia kena ada masa untuk mencari diri semula. CHUBB-E PENYANYI "Pendek kata Amir adalah pilihan tepat. Sudah lama nak mencari ilham lagu baru bersama Amir, tapi tidak ada idea. Kiranya, lagu ini adalah rezeki kami berdua untuk berkolaborasi," katanya kepada mStar. Lagu yang menggabungkan eleman Hip Hop dan balada rock ini mula dilancarkan di saluran YouTube pada 22 Januari lalu. Dalam pada itu, Chubb-E memberitahu lagu ciptaan sepenuhnya itu yang disiapkan pada pertengah September tahun lalu mengisahkan mengenai seseorang ingin mengenali diri. Lagu Biru Malam ciptaan Chubb-E disiapkan pada September tahun lalu. Menurut Artis Baharu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH ini, lagu tersebut memberi kesedaran kepada seseorang untuk berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu bukan hanya untuk memuaskan hati orang lain. "Lagu ini merupakan ciptaan saya sepenuhnya yang disiapkan pertengahan September tahun lalu dan mengisahkan mengenai mengenali diri. "Kita sebagai manusia kadang kala tanpa sedar, ada perkara yang kita buat sebenarnya tak ada niat pun nak lakukan tapi hanya buat semata-mata untuk menjaga hati orang lain. "Kita manusia kena ada masa untuk mencari diri semula. Kalau boleh lakukan sesuatu perkara itu bukan untuk puaskan hati orang itu, tapi untuk gembirakan diri sendiri. Sayangi diri sendiri dulu barulah fikir orang lain," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!