suria

Bimbang terlalu lama menunggu, Aznil Nawawi sanggup bayar untuk dapat vaksin Covid-19 segera - “Ada sesiapa nak join, Paknil sponsor la!”

Paknil nyatakan hasrat untuk menaja vaksin kepada mereka yang memerlukan.

UMUM mengetahui kerajaan kini dalam proses mendapatkan vaksin Covid-19 yang akan diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Namun pemberian vaksin tersebut diberikan secara berperingkat dengan keutamaan kepada petugas barisan hadapan serta orang tua yang berisiko tinggi terdedah dengan jangkitan virus tersebut.

Bagaimanapun, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi berharap mempunyai peluang untuk mendapatkan vaksin tersebut dengan sedikit bayaran tanpa perlu menunggu giliran.

ARTIKEL BERKAITAN: Aznil menggigil, menangis Tunku Azizah minta telefon nombor peribadi - “Ya Allah, Permaisuri sangat merendah diri... ini air mata keinsafan!”

Aznil atau lebih dikenali sebagai Paknil, 58, menerusi Instagram turut berhasrat untuk menaja sesiapa yang berminat mendapatkan vaksin itu dengan segera.

"Salam semua, katanya proses suntikan vaksin percuma adalah berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu.

"Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin lima hingga sepuluh bulan akan datang. Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran.

Paknil mahu taja vaksin untuk mereka yang memerlukan.

"Paknil ingat Paknil nak ambil yang berbayar. Ada sesiapa yang nak join Paknil? Paknil sponsor la tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi, ” katanya.

Rata-rata pengikutnya memuji usaha yang ingin dilakukan oleh bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia ini dan berharap vaksin itu diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Paknil bimbang dengan peningkatan angka jangkitan Covid-19 di negara kita.

"Bagusnya niat baik Paknil ni... ikutkan saya pun nak tapi lebih baik diberikan kepada yang lebih memerlukan dahulu.

"Semoga Paknil dimurahkan rezeki! Kalau nak sponsor elok diberikan pada yang betul-betul memerlukan ya," komen pengikut.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan mensasarkan 70 peratus atau 23 juta rakyat Malaysia akan diberikan vaksin selepas vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir Februari ini sudah diberi kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).

Malah, pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi dan ia akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain