PELAKON Hanis Zalikha berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya iaitu Alisa Aisyah yang berusia dua tahun mengadu sakit di hidung ketika dia sedang membuka bungkusan hadiah. Melihat lantai dipenuhi dengan putik bunga dari bungkusan tersebut, Hanis terus memeriksa lubang hidung anak keduanya dengan menggunakan skop kamera yang dibeli suami iaitu Hairul Azreen. ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen dedah Hanis Zalikha jarang datang set penggambaran - “Sepanjang couple dia tak pernah datang tengok saya shooting sebab segan” Seperti yang dijangka, pelakon berusia 31 tahun itu terus bergegas membawa anaknya ke unit kecemasan untuk mengeluarkan putik bunga tersebut. Hanis kongsi perkara itu di laman Instagram miliknya. "Cerita hari tu. Masa tengah buka bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung dan kata sakit... sakit! Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu. "Menjerit mommy 'Alisa, awak letak benda ini dalam hidung?'. Dia pun menjerit juga 'saya minta maaf mommy'. Tiba-tiba cakap maaf ni, betul la tu. Periksa dengan mata kasar memang clear saja lubang hidung dia tu. "Nasib baik daddy rajin beli gadget untuk periksa telinga la apa la. Berguna waktu cemas. Terus ke kecemasan dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor," kongsi Hanis. Periksa dengan mata kasar memang clear saja lubang hidung dia tu. HANIS ZALIKHA PELAKON Pelakon yang pernah membintangi drama Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa itu turut memuat naik video memperlihatkan anak mereka dalam keadaan tenang ketika lubang hidungnya diperiksa. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakan selebriti antaranya Mira Filzah, Diana Danielle dan Siti Elizad yang terkejut dengan kejadian tersebut. Dalam pada itu, rata-rata netizen juga berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan insiden yang lebih kurang sama di ruang komen perkongsian tersebut. "Adik saudara saya masuk bateri kecil dalam lubang hidung dia. Dua, tiga hari dia senyap macam ada tak kena. Sampai ada lendir berwarna keluar terus bawa ke kecemasan baru tahu ada bateri. Selain Alisa, Hanis dan Hairul mempunyai seorang lagi anak iaitu Yusuf. "Saya pernah masukkan kacang tanah dalam hidung ketika itu saya sebaya Alisa! Dan ya, kena pergi jumpa doktor untuk keluarkan. Kenangan sangat. Mesti sampai besar Alisa ingat. "Eh sama perangai dengan anak kedua saya. Masuk plastik dalam hidung. Anak kedua ni memang adventure sikit," komen beberapa netizen. Hanis mendirikan rumah tangga dengan Hairul yang juga pelakon pada 5 Jun 2015. Selain Alisa, pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Yusuf Iskandar, 4. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!