suria

[VIDEO] Hot FM tamatkan kontrak Shuk Sahar, siasatan dalaman dapati pelawak ini bersalah

KRISIS rumah tangga dan isu curang melibatkan penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya memakan diri apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim, keputusan itu dicapai selepas pihaknya mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

"Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini (Khamis).

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar digantung tugas serta merta sebagai penyampai Hot FM - “Tindakan ini bagi memberi ruang pihak pengurusan buat siasatan dalaman”

"Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

"Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini," katanya menerusi satu kenyataan media.



Shuk (kanan) didapati langgar kontrak perjanjian.

Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman yang terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial.

Pada Isnin lalu, Hot FM mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam merupakan penyampai baharu segmen GPH.

Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH

ANIDA MOHD TAHRIM

Pengurus Besar Audiens dan Pemasaran Ripple

Mark bergandingan bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizie bagi memeriahkan GPH selepas pengunduran Shuib pada hujung Januari lalu.

Dalam pada itu, Anida berkata pemilihan Mark Adam sebagai penyampai GPH dapat memberikan nafas baharu kepada stesen radio berkenaan.



GPH kini dikendalikan oleh Fizie (belakang) dan penyampai baharu, Mark Adam.

"Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.

"Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.

"Harapan kami agar para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM," ujarnya.

GPH bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Shuk terpalit dengan kontroversi selepas tersebarnya video dia berlaku curang terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dan didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain