suria

Giliran Aishah Azman pula padam foto seksi, tampil berhijab - “Rasa seperti sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat”

Aishah nekad untuk memakai tudung pada Jumaat lalu.

PERKONGSIAN foto pelakon Aishah Azman memakai hijab dengan kapsyen luahan rasa syukur atas penghijrahan itu menerima pujian daripada netizen di laman sosial.

Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 25, ketika dihubungi mStar mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung dan akhirnya nekad melakukan penghijrahan pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah Azman kongsi video kejadian bapa saudara dilanggar pemandu mabuk, motorsikal diseret 2 km - “Semoga Allah balas apa yang dilakukan pemandu mabuk ini!”

Menurut Aishah, dia perlu mengorbankan banyak perkara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan turut bersyukur keluarga memberi sokongan penuh dengan perubahan imej terbaharunya itu.



Perkongsian Aishah di IG menarik perhatian netizen dan rakan selebriti.

"Alhamdulilllah... ya betul sekarang saya sudah berhijab. Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya.

"Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda.

"Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab... Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya," katanya kepada mStar.

Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya.

AISHAH AZMAN

PELAKON

Rata-rata netizen di laman Instagram miliknya turut meluahkan rasa teruja dengan penghijrahan Aishah dan memuji penampilan terbaharu adik kepada aktor Afiq Muiz itu yang kelihatan cantik bertudung.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Bukan Cinta Aku ini juga memberitahu dia sudah memadam semua foto dalam penampilan seksi di laman sosial.

Kata Aishah, dia juga akan lebih memilih tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej berhijab dan memohon agar semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.



Aishah akan terima tawaran berlakon yang sesuai dengan imej bertudung.

"Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab.

"Insya-Allah, selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain