suria

Panjang lebar Janna Nick ‘bebel’ tentang perangai Dini Schatzmann, rupa-rupanya ‘kaki control’ - “Of course jiwa aku memberontak!”

Janna kongsi cerita di awal perkenalannya dengan kekasih yang juga pelakon Dini Schatzmann.

MEMILIKI karakter dan perangai berbeza, pelakon Janna Nick mengakui bukan mudah untuk dia melalui fasa awal perkenalan dengan kekasih hati, Dini Schatzmann.

Dalam tempoh awal perhubungan itu, Janna, 26, berkata mereka kerap bergaduh kerana tidak sependapat sehingga timbul perasaan rimas dengan sikap teman lelakinya itu.

"Beza perangai kita orang macam langit dengan bumi. Kontra ya amat. Pada awal perkenalan dulu, gaduh sajalah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Dini Schatzmann pertahan teman wanita, harap Janna Nick tak berubah - “Saya tahu awak ada kebaikan dalam hati yang jarang ditemui”

"Dia OCD (Obsessive Compulsive Disorder), aku jenis bersepah (bersepah bukan pengotor). Tutup pintu kereta kuat-kuat kena marah, makan dalam kereta tak boleh, aku jadi rimas.

"Sebab selama aku hidup tak ada orang control hidup aku... tiba-tiba muncul seorang mamat ni nak kawal hidup aku, of course jiwa raga aku rasa memberontak!" katanya.

Pelakon drama Marry Me Senorita ini berkongsi mengenai perjalanan kisah cinta mereka menerusi Instagram pada Isnin.

Perkongsian Janna di Instagram menarik perhatian pengikut.

Selain itu Janna mendedahkan Dini juga seorang lelaki yang terlalu banyak berfikir hingga menyulitkan mereka untuk membuat sesuatu keputusan.

"Dia ni sejenis overthink teruk! Dia akan fikir sesuatu benda tu punya la complicated sampai aku yang stress... stress dengan orang yang overthink ni.

"Dah tak ada nasihat nak bagi untuk dia rileks. Ayat aku selalu cakap... rileks okay, jangan kerut sangat muka tu!

"Lepas tu dia Indecisive! Dia akan keliru bila nak buat keputusan... nak beli barang, nak order makanan, nak beli baju.. eh macam macamlah!” ujarnya.

Yang ada pengalaman pahit atau sejarah hitam dalam hidup tu... tak perlu nak selalu rasa down sampaikan pasangan rasa tak happy hidup!

JANNA NICK

PELAKON

Lebih menyulitkan lagi apabila pasangan ini menggemari makanan yang berbeza sehinggakan Janna mengakui terpaksa berpura-pura menyukai menu yang sama.

"Paling yang aku terpaksa jadi fake adalah bab makanan. Cara kitaorang makan sangatlah berbeza ya. Aku ni makan la segala jenis mak nenek (serba serbi). Dia ni masa awal awal dulu, vegan iaitu yang makan daging atau ayam tipu-tipu.

"Bayangkan dating pun aku kena pura-pura aku suka makan makanan dia. Padahal OK OK saja! Pendekkan cerita, banyak lagi perbezaan daripada segi mentaliti dan upbringing. Kalau aku nak cerita tak cukuplah karangan dekat Instagram ni," katanya.

Janna belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan teman lelakinya itu.

Meskipun memiliki banyak perbezaan, pengacara program hiburan Melodi ini berkata dia menerima kelemahan dan kekurangan itu dengan hati terbuka.

"Cara kita membesar, persekitaran, didikan, pengalaman yang menjadikan kita manusia yang berbeza. Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu dan begini atas sebab tertentu.

"Kau tak boleh salahkan masa silam dia, kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.

"Yang ada pengalaman pahit atau sejarah hitam dalam hidup tu... tak perlu nak selalu rasa down sampaikan pasangan kau rasa tak happy hidup dengan kau. Kunci kebahagiaan yang sebenar adalah mengalah saja dengan perempuan," katanya yang mula mendedahkan mengenai hubungan cinta mereka sejak Disember 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain