suria

Rupa-rupanya Sharifah Sakinah tunang gaya ‘orang putih’, tiada acara pantun - “Sekarang dia tengah uruskan hal Michael peluk Islam”

Sharifah Shahirah gembira dengan pertunangan adiknya, Sharifah Sakinah.

KAKAK kepada Sharifah Sakinah yang juga penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah mengesahkan adiknya, pelakon Sharifah Sakinah sudah bertunang dengan jejaka berasal dari Sweden, Michael Hansen.

Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera, majlis pertunangan adiknya itu dilakukan mengikut gaya Barat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi tarikh lahir sama, Sharifah Sakinah umum kahwin jejaka Sweden pada 28 Mei depan

"Sakinah dah bertunang dan dia bertunang ikut gaya orang putih. Ikut cara lamaran orang putih, bagi cincin dan tanya 'will you marry me?'.

"Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun dah bersetuju (mereka bertunang). Tiada majlis-majlis tunang, tak ada pantun semua itu," katanya kepada mStar.



Sharifah Sakinah berkenalan dengan Michael Hansen di sebuah pusat kecergasan di ibu kota.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Sakinah mengakui dia sudah bertunang dengan teman lelakinya yang dikenali sejak sembilan bulan lalu.

Sementara itu, Shiera berkata Sakinah kini sedang merancang majlis perkahwinannya selain menguruskan prosedur Michael untuk memeluk agama Islam.

"Sakinah tengah rancang majlis perkahwinan selain menguruskan hal berkaitan Michael yang akan memeluk agama Islam nanti.

Orang putih apabila dah melamar tu kira dah bertunang, jadi kami sekeluarga pun dah bersetuju.

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Semua perancangan untuk majlis itu nanti akan diuruskan oleh Sakinah, kami sekeluarga hanya akan mengikut sahaja," katanya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei ini bersempena tarikh ulang tahun kelahirannya dan Michael, 42.

"Kami pilih tarikh itu kerana ia merupakan tarikh lahir saya dan Michael, kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

Sakinah mempunyai seorang anak perempuan, Anais Adha.

"Buat masa sekarang, kami masih lagi tak tahu nak buat majlis di mana sebab Covid-19, semuanya masih dalam perbincangan," katanya.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain