suria

Gementar menanti AJL35, Zizi Kirana hanya tidur tiga jam sehari - “Saya cuba tenangkan diri… tak nak marah-marah”

Zizi Kirana mahu hiburkan peminat dengan persembahan bertenaga pada malam AJL35.

SEMINGGU lagi menjelang Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), penyanyi Zizi Kirana berkata dia kini giat membuat latihan dan persiapan akhir sebelum beraksi di pentas berprestij itu, Ahad ini.

Zizi yang akan mempersembahkan lagu berjudul Eh memberitahu hanya tidur kira-kira tiga jam sehari kerana perlu menjalani latihan dan dalam masa sama menyelesaikan beberapa rakaman program televisyen lain.

"Sejujurnya memang gementar menanti malam AJL35 kerana ini kali pertama saya layak ke pentas akhir. Minggu ini kita baru nak buat latihan yang betul-betul terutamanya tarian.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana gementar, gigil lutut mengaji al-Quran depan ustaz - “Semoga jadi ikutan anak muda, artis berani mengaji depan khalayak ramai”

"Nak berlatih ni kena cari masa yang sesuai memandangkan saya agak sibuk dengan program TV lain, jadi jadual memang padat, sekarang ni ada seminggu sahaja lagi masa untuk latihan.

"Sehari saya tidur dalam tiga jam sahaja, terganggu itu biasalah sebab banyak benda nak fikir dalam kepala, tentang kerja, tarian, baju, penggambaran, rakaman... tapi saya cuba tenangkan diri, cari ruang untuk tarik nafas dan tak nak marah-marah," katanya kepada mStar.

Kalau ada yang kata boleh menang, saya amin kan sahaja... malam itu saya cuma nak buat yang terbaik dan enjoy!

ZIZI KIRANA

PENYANYI

Lagu Eh ciptaan Zizi Kirana, Navigator dan Mambang itu merupakan antara 12 lagu yang layak ke AJL35 yang akan bersiaran secara langsung di TV3 pukul 9 malam, Ahad ini.

Menerusi laman sosial, rata-rata peminat meramalkan lagu ini berpeluang untuk memenangi salah satu kategori dan tidak mustahil menjadi juara kerana liriknya bersesuaian dengan isu semasa.

"Kalau ada yang kata boleh menang, saya amin kan sahaja... malam itu saya cuma nak buat yang terbaik dan enjoy!



Zizi mahu buat yang terbaik pada malam AJL35 nanti.

"Nak sampai ke pentas akhir ini pun banyak cabaran, tukar tarikh beberapa kali dan kekangan waktu untuk latihan, jadi saya hanya berserah sahaja dan buat yang terbaik.

"Selepas berusaha, seterusnya kita bertawakal... InsyaAllah sokongan peminat dan orang ramai akan menguatkan lagi semangat saya pada malam itu, ” ujarnya.

Selain Eh, 11 lagu lain yang bertanding ialah Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain