suria

Izara Aishah bingung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon - “Stesen TV semakin tiada bajet sebab Covid-19 ke?”

Izara akui ramai Instafamous kini sudah bergelar pelakon.

KEMUNCULAN 'Instafamous' atau dikenali juga sebagai 'influencer' di laman sosial dalam drama atau filem tempatan berjaya menarik perhatian stesen TV.

Kehadiran mereka sebagai pelakon membuatkan aktres terkenal iaitu Izara Aishah, 29, mempersoalkan tindakan stesen TV yang lebih memilih kumpulan itu disebabkan bayaran yang lebih murah.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah, suami kongsi wajah anak selepas tujuh hari - “Alhamdulillah, selamat datang puteri kami, Irisa Alaia”

"Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet sebabkan Covid-19 ke?" tulis Izara menerusi laman Twitter miliknya pada Rabu.



Izara memuat naik status itu di Twitter.

Status yang dimuat naik pelakon drama bersiri Ombak Rindu The Series itu mendapat hampir 3,000 tanda suka (likes) dan 2,000 ulang kicau di laman Twitter.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai perkara tersebut dan menganggap produksi tidak mampu untuk membayar pelakon yang sudah mempunyai nama dalam industri.

Selain itu, terdapat netizen yang memberi pandangan bahawa stesen TV mengupah Instafamous disebabkan mereka mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial sekali gus menarik perhatian untuk pihak pengiklanan.

"Sebab nak bayar pelakon yang dah ada nama mahal sangat dan tak semua produksi mampu dan kalau boleh lagi la nak cut cost. Jadi satu cara adalah upah Instafamous. Kayu pun, kayu la janji duit masyuk. Sebab itu la drama dan filem malaysia susah nak maju.



Antara komen netizen mengenai kenyataan Izara.

"Mereka upah Instafamous mungkin sebab pengikut di laman sosial lebih 500,000. Jadi, mereka fikir mungkin pengikut itu akan menonton. Lakonan yang lemah? Asalkan dapat perhatian. Lontaran dialog tak jadi? Asalkan dapat perhatian. Penghayatan yang kurang? Asalkan dapat perhatian.

"Lebih ramai pengikut di laman sosial, lebih banyak jumlah tontonan dapat tarik banyak iklan dan stesen TV dapat duit daripada iklan dan tajaan. #Business," komen beberapa pengikut.

Untuk rekod, antara drama terakhir lakonan Izara adalah Jodoh-Jodoh Annisa, Cinta Yang Ku Rasa dan Ombak Rindu The Series yang ditayangkan sekitar 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain