suria

[VIDEO] Wow! 5,000 kristal Swarovski penuhi busana nikah Neelofa... serba mewah dan eksklusif

MAJLIS pernikahan selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz sudah tentu menjadi penanda aras baharu bagi mereka yang mahu mengadakan acara berkenaan mengikut skala yang sama.

Selain pelamin berkonsepkan Jabal Rahmah serta dekorasi dewan acara dengan bunga-bungaan serba putih menjadi bualan ramai, busana yang digayakan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, cukup menarik perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan PU Riz nampak serasi... video majlis tunang tunjuk ‘sweet moment’ apabila saling bergurau

Menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal Alia Bastamam, sentuhan magisnya ternyata menghasilkan persalinan mewah buat Neelofa.

Menurut Alia, busana berkonsepkan Greek Goddess itu diserikan dengan veil inspirasi daripada gaya Arabian hooded.

Busana yang dipakai Neelofa menggunakan kain lace daripada tiga jenis corak berbeza.

"Neelofa mempunyai idea yang sangat jelas tentang apa yang dia mahukan untuk busananya iaitu menggunakan kain lace yang sarat dengan manik namun tidak keterlaluan serta perincian yang sangat baik.

"Kami perlu memastikan ia adalah sebuah rekaan yang sempurna dan mudah untuk digayakan," katanya kepada mStar.

Kami perlu memastikan ia adalah sebuah rekaan yang sempurna dan mudah untuk digayakan.

ALIA BASTAMAM

PEREKA FESYEN

Tambah pereka yang terkenal dengan sentuhan resort-centric itu, dia menggunakan keseluruhan lapan meter French lace hasil gabungan daripada tiga jenis corak berbeza bagi melengkapkan busana indah seperti yang dapat dilihat pada hari bahagia Neelofa, Sabtu lalu.

Bagi melengkapkan gaya eksklusif wanita yang bijak berfesyen seperti Neelofa, Alia menggunakan lebih 5,000 batuan kecil kristal Swarovski yang dipadankan dengan tassels daripada bulu burung unta.

Perincian yang digunakan Alia dalam menghasilkan busana Neelofa.

Elemen ini ternyata memberi kesan luar biasa kepada si pemakai.

Bercerita mengenai veil, Alia berkata ia sebenarnya adalah 'hood' selendang yang berfungsi untuk menutupi bahagian dada pengantin.



Sesi perbincangan antara Neelofa dan Alia.

Sementara itu menurut Alia, Neelofa melengkapkan penampilannya dengan hijab daripada kain jenis chiffon sutera.

Pada 27 Mac lalu, Neelofa dan Riz atau Haris Ismail, 26, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Grand Hyatt.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN NEELOFA & PU RIZ!

Artikel Lain