suria

“Disiplin tiada, skrip tak hafal... zaman followers” - Makin ramai artis senior hentam sikap pelakon baharu ‘bajet bagus’

Fizz Fairuz dan Rusdi Ramli 'tempelak' sikap sesetengah pelakon baharu yang enggan bertanya kepada pelakon senior.

ISU masalah disiplin pelakon baharu di set penggambaran terus mendapat perhatian penggiat seni senior apabila lebih ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Terbaharu pelakon Datuk Fizz Fairuz tampil menyatakan rasa kecewa dengan sikap pendatang baharu yang dilihat seolah-olah tidak serius untuk menceburi bidang lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusdi Ramli pun ‘berbunyi’ pelakon baru suka buat kepala sendiri - “Datang main phone, tak bercampur... tak bertanya”

"Benda ini dah lama bro Rusdi Ramli, cakap pun tak guna... tak sama yang dulu, berapa ramai dah bersuara, sama jer.

"Tiada kesan apa-apa pun untuk BBNU ni... sebab bajet bagus, ada pengurus, ada pembantu peribadi.

"Disiplin tiada, skrip tak hafal... tapi itulah hakikatnya," kata Fizz di Instagram.

Fizz bersetuju dengan pendapat Rusdi Ramli.

Menerusi posting berkenaan, Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 42, berkongsi paparan skrin tajuk laporan mStar berhubung kenyataan Rusdi Ramli membabitkan sikap pelakon baharu.

Menerusi laporan berkenaan, Rusdi menyatakan keluhannya tentang sikap pelakon baharu yang enggan bertanya selain gemar menghabiskan masa dengan menghadap telefon masing-masing di set penggambaran.

Disiplin tiada, skrip tak hafal... tapi itulah hakikatnya.

DATUK FIZZ FAIRUZ

PELAKON

Selain itu Fizz juga menyatakan kekesalannya dengan sikap pelakon generasi baharu yang dilihat tidak menghormati artis senior.

"Hormat tiada dan boleh tanya siapa tu, tak kenal... hahahahahha.

"Zaman followers bro, kena terima hakikat," ujarnya lagi.

Fizz Fairuz sudah hampir 20 tahun menceburkan diri dalam bidang seni.

Sementara itu, menerusi ruang komen di Instagram Fizz, Rita Rudaini turut bersetuju dengan menyifatkan pelakon baharu suka berlagak hebat.

"Kalau cakap banyak nanti kena banned, kalau tak cakap kita dekat set dah nak bipolar.

"Bajet hebat, dekat TV nampak tiada cacat cela sebab pengarah dah cover dengan editing dan shot-shot pelakon veteran yang tua macam kita ni," kata Rita.

Selain Rita, rakan selebriti senior seperti Azza Elite, Zalif Sidek dan Balkisyh Semundur Khan dilihat turut bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan oleh suami kepada Datin Almy Nadia itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain