SELEPAS nama Siti Nordiana tidak lagi dikaitkan dengan penyanyi Khai Bahar, kini netizen mula beralih 'sasaran' kepada Nabila Razali. Ia tercetus selepas kedua-duanya memuat naik gambar yang sama pada majlis resepsi meraikan pasangan pengantin baharu, Ernie Zakri dan Syamel pada Sabtu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar tawar adik perempuan menyanyi tapi awal-awal dah kena 'reject' - “Dia hanya suka-suka sahaja” Mengulas mengenai reaksi peminat yang gembira melihat mereka bersama, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 27, berkata tiada apa yang istimewa antara mereka. "Ketika itu acara bergambar dan secara kebetulan kami berada berdekatan satu sama lain. Sebab tu kami ambil gambar sekali dengan Ernie dan Syamel. Khai dan Nabila bergambar bersama pengantin baharu, Ernie dan Syamel. "Mengenai emoji 'love' yang saya tulis itu memang tiada bawa maksud apa-apa pun. "Saya memang suka berkawan dan perkara ini tidak menjadi hal buat saya sebab sebelum ini pun saya dah banyak kali dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita lain," katanya ketika dihubungi mStar. Saya masih lagi solo dan tidak tergesa-gesa untuk cari calon isteri. KHAI BAHAR PENYANYI Rata-rata menyatakan Khai dan penyanyi lagu Peluang Kedua itu dilihat serasi bersama. Malah tindakan kedua-duanya yang saling berbalas komen dengan emoji berbentuk hati lebih membuka ruang kepada netizen untuk membuat pelbagai andaian. Peminat teruja jika Khai dan Nabila betul-betul bercinta. Dalam pada itu bercerita mengenai jodoh, Khai yang mencecah usia 27 tahun pada 28 Februari lalu, berkata dia tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga. "Saya masih lagi solo dan tidak tergesa-gesa untuk cari calon isteri. "Kriteria wanita idaman saya tidak semestinya bertudung, kalau dia free hair pun saya terima," katanya yang sebelum ini sering dikaitkan dengan selebriti wanita bertudung seperti Siti Nordiana dan Wany Hasrita. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!