suria

Peminat minta MK-Clique ajar berenang gara-gara video tayang badan... ada juga ‘bitter’ imej tak selari dengan jemaah tabligh

TINDAKAN penyanyi kumpulan K-Clique, MK berkongsi foto dan video 'belanja' tubuh di Instagram dilihat tidak selari dengan penyertaannya bersama kumpulan tabligh baru-baru.

Menjawab mengenai perkongsian itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, memberitahu dia masih orang yang sama dan hanya menjadi diri sendiri di laman sosial.

"Pada saya nama 'MK' tu adalah satu produk... apa yang saya tunjukkan di media sosial itu adalah karakter sebenar saya. Yang mana saya lakukan untuk cari makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah! MK K-Clique pula terbuka hati sertai tabligh, belajar agama... mula tanggal rantai, gelang emas

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique dituduh larikan duit? Bekas PA licik ambil ‘job’ belakang... guna taktik jual nama perdaya mangsa

"Itulah identiti saya, sama seperti orang lain saya juga manusia biasa, senang kata apa yang orang tengok di Instagram itulah diri saya yang sebenar.

"Lagipun penyertaan saya dalam kumpulan tabligh itu pula bukan nak berubah 360 darjah, cuma nak mencari keseimbangan antara dunia dan akhirat," katanya kepada mStar.

Peminat puji pembabitan MK dengan jemaah tabligh.

Hasil tinjauan di Instagram MK, perkongsian beberapa foto dan video tidak baju di kolam renang ternyata mengundang pelbagai reaksi peminat.

Kumpulan K-Clique ditemui semasa majlis kerjasama jenama Todak X K-Clique yang diadakan di Kotak Hitam Event Space di Setia Alam, Selangor pada Selasa.

Selain mempromosikan produk Todak, kumpulan ini juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu baharu termasuklah penghasilan video muzik (MV) dijangka tahun ini.

Saya dah niat untuk keluar sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan... ibaratnya saya letak saham 10 peratus setiap bulan untuk ikuti kelas tabligh!

MK K-CLIQUE

PENYANYI

Menyentuh mengenai pembabitannya bersama kumpulan tabligh, MK berkata dia akan meneruskan niat mengikuti pengajian bersama jemaah itu setiap bulan.

"Alhamdulillah ada nasihat dan dorongan untuk sentiasa ingat dengan pemberi rezeki, bukan berubah sepenuhnya tapi mencari keseimbangan.

"Saya dah niat untuk keluar sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan... ibaratnya saya letak saham 10 peratus setiap bulan untuk ikuti kelas tabligh," ujarnya.

MK teruja dan berbangga dapat bekerjasama dengan jenama Todak.

Dalam perkembangan lain, MK memberitahu isu dakwaan pecah amanah membabit bekas pembantu peribadi (PA) masih belum selesai.

Kata MK, dia hanya mengharapakan individu berkenaan bertanggungjawab dengan tindakan yang dilakukan itu.

"Saya jenis nak tengok semua orang gembira tapi kecewa... sebagai kawan sy tak pernah anggap musuh, saya masih menanti kerjasama daripada dia.

"Dia kena bertanggugjawab dengan apa yang dia buat sebab dia ada keluarga... saya tak mahu buat tindakan terburu-buru kerana hanya akan memberi kesan kepada orang sekeliling.

"Perbuatan itu dia yang lakukan jadi dia sendiri kena bertanggungjawab! Saya akui sangat kecewa dengan tindakkannya itu," katanya.

Pada 29 Mac lalu, MK meluahkan perasaan kesal dengan perlakuan individu berkenaan yang didakwa melarikan wang selepas menerima tawaran kerja tanpa pengetahuannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain