suria

Muncul ‘Sepi’ dalam versi K-Pop, Aina Abdul tak takut sebutan bahasa Korea dikritik, asalkan nyanyi dengan jujur

Aina tampil dengan lagu Sepi versi Korea.

KERAP berkongsi video menyanyikan semula beberapa buah lagu Korea, penyanyi Aina Abdul kini sudah mempunyai peminat K-Pop tersendiri.

Malah bagi menghargai peminatnya, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani kini tampil dengan lagu Sepi yang diubah menggunakan bahasa Korea.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada maksud tersirat, Aina Abdul tetap bawa elemen darah pada baju ‘Semalam’ - “Warna merah sebagai sejarah yang masih ada dalam diri saya”

Akui tidak berasa bimbang dengan kritikan berkaitan dengan cara sebutan yang betul, penyanyi berusia 28 ini berkata, dia sudah bersedia untuk mempelajari bahasa Korea dengan lebih baik.



Aina teruja ada peminat Korea.

"Saya tak takut... sebab bagi saya lagu Korea pun ada selit bahasa Inggeris yang tak la begitu sempurna juga. Tapi kita semua terima sebab mereka jujur.

"Mereka tahu dan bukan saja-saja nak masukkan lirik dalam bahasa Inggeris. Macam saya sendiri, nampak bahasa Korea ini bukan bahasa kedua tapi satu bahasa yang bagus untuk saya pelajari.

"Sebab saya sendiri peminat Korea... semua lagu Korea. Saya pun sudah kumpul peminat dari negara itu yang selalu beri reaksi kepada lagu cover saya dan sekarang, saya nak buat something untuk mereka," katanya.

Kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan jerawat dan tekstur kulit tak sekata.

AINA ABDUL

PENYANYI

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu yang ke 35 ini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Truskin X Aina Abdul di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semalam ini turut berkongsi mengenai pengalaman dia berdepan dengan masalah kulit wajah ketika di bangku sekolah.

Bagaimanapun Aina bersyukur dengan perubahan kulitnya semakin baik selepas mendapat khidmat nasihat doktor yang turut menyarankan dia menggunakan produk tempatan iaitu Truskin.



Aina bekerjasama dengan produk Truskin.

"Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Kulit saya menghadapi masalah minyak berlebihan menyebabkan kulit cepat naik jerawat yang banyak dan tekstur kulit tak sekata.

"Sejak menjadi penyanyi, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap. Kadang-kadang tu kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama.

"Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain. Jadi, saya okey saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah.

"Dalam masa sama, saya juga mendapatkan khidmat nasihat doktor. Malah, doktor okey saya menggunakan produk sekarang iaitu dari Truskin. Alhamdulillah, saya okey dan gembira dengan perubahan ini," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain