TIADA apa yang lebih bermakna selain dapat mengembirakan ibu bapa, itu yang dilakukan pelakon Eyra Hazali apabila berjaya menghadiahkan sebuah kereta jenis Proton X70 untuk kedua orang tuanya itu. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 22, berkata, dia sudah lama menyimpat niat untuk memberi kereta yang besar dan selesa untuk ibu bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Solat sambil dukung anak, Eyra Hazli kongsi cara mudah elak bayi meragam ketika sembahyang - “Tak batal pun, janji khusyuk dan aurat terjaga” "Alhamdulillah syukur, selalu tertanya-tanya bilalah dapat belikan mummy dan ayah kereta yang lebih selesa. Haziq dan Eyra bergambar dengan kereta baharu mereka. "Selepas tunggu dari bulan Februari, Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat ibu bapa saya. Tak sangka dapat bagi mummy dan ayah hadiah sebesar ini. "Hadiah ini tidak sebesar jasa mummy dan ayah yang besarkan kami tujuh beradik... selagi ada kudrat, saya akan buat apa sahaja untuk senangkan mummy dan ayah," katanya. Tak sangka dapat bagi mummy dan ayah hadiah sebesar ini. EYRA HAZALI PELAKON Selain membelikan hadiah istimewa buat ibu bapanya, suami Eyra iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli turut membeli sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire untuk kegunaan keluarganya. Eyra bersama suami dan anaknya. Eyra berkahwin dengan Haziq, 23, pada 1 November 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia lapan bulan. Eyra memulakan kerjaya dalam bidang lakonan sejak berusia 11 tahun dan setelah bergelar isteri dan ibu, dia mengambil pendekatan memperlahankan aktiviti seni demi memberi tumpuan terhadap keluarga. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!