suria

Aniq Suhair ditampar Mak Jah gara-gara tak dapat ‘feel’ untuk menangis

Aniq tak kecil hati dengan tindakan pelakon senior itu menampar pipinya.

DEMI menjayakan babak air mata, pelakon baharu Aniq Suhair mendedahkan dia ditampar seorang pelakon senior semasa penggambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu.

Cerita Aniq, pelakon senior iaitu Mak Jah terpaksa menampar pipinya sebelum rakaman salah satu babak dalam drama tersebut kerana mahu mempercepatkan proses penggambaran.

Gara-gara tamparan kuat itu, Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21, berkata dia berjaya melakonkan babak menangis dengan mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair mengaku rapat dengan anak Datuk Vida... seronok borak macam-macam topik - “Cik B gadis sweet dan sopan santun”

"Saya kena tampar dengan Mak Jah! Di belakang tabir dia baik sahaja tapi disebabkan babak itu saya kena menangis dan mereka semua nak cepat selesai, dia datang dan terpaksa tampar saya.

"Selepas menampar bahagian pipi, dia kata nangislah dan sekali lagi tampar saya... memang terasa tamparan itu, sakit sungguh!



Mak Jah terpaksa tampar Aniq bagi mendapatkan mood menangis.

"Sebenarnya bukan susah nak menangis tetapi memandangkan penggambaran dah lewat malam, kita semua pun dah penat... selepas Mak Jah tampar terus selesai babak itu," katanya kepada mStar.

Meskipun terkejut dengan tindakan Mak Jah atau nama sebenar Maimunah Ahmad itu, Aniq tetap berterima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh pelakon berusia 73 tahun itu.

Selepas habis rakaman babak itu, saya ucap terima kasih kepada dia kerana bantu mempercepatkan penggambaran.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

"Saya tak terasa hati pun, saya okay sahaja. Bagi saya itu cara dia nak bagi mood kita sampai, sejujurnya tindakan Mak Jah itu sangat membantu untuk babak tersebut.

"Selepas habis rakaman babak itu, saya ucap terima kasih kepada dia kerana bantu mempercepatkan penggambaran. Saya anggap ini satu proses pembelajaran," ujarnya.

Bercakap mengenai drama Tak Sempurna Mencintaimu, bekas finalis Hero Remaja 2020 ini berkata bakatnya mula mendapat perhatian penonton dan dalam masa sama membantu menaikkan namanya dalam industri lakonan.



Aniq seronok dapat berlakon untuk drama Akasia TV3.

"Drama ni memang best sebab banyak terselit pengajaran mengenai keluarga. Saya anggap tawaran menyertai drama ini sebagai satu peluang terbaik.

"Alhamdulillah orang mula nampak bakat saya dan mereka memuji lakonan saya. Sebelum memulakan penggambaran saya memasuki kelas lakonan dengan Kak Ogy Ahmad Daud.

"Karakter saya dalam ini memang berbeza kerana perlu bawa watak adik yang baik. Saya harap penonton terus menyokong lakonan saya selepas ini," ujarnya.

Selain Aniq dan Mak Jah, Tak Sempurna Mencintaimu turut dibintangi pelakon hebat lain iaitu Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Drama arahan Emi Sufian itu ditayangkan di slot Akasia, TV3 setiap hari Isnin hingga Ahad, pukul 7 malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain