suria

Aliff Syukri rakam lagu raya selepas ramai kata rindu… tapi ibu pula benci dengar suara sumbang - “Syukur tak menyanyi dengan jadian”

Aliff menyanyikan lagu baru bagi memenuhi permintaan peminat.

SELEPAS kejayaan lagu Jom Raya pada tahun 2019, usahawan kosmetik yang juga bergelar penyanyi iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tampil pula dengan lagu baharu sempena Aidilfitri ini.

Menurut Aliff atau nama sebenar Aliff Syukri Kamarzaman, 34, dia nekad merakamkan lagu raya baharu selepas menyedari ramai peminat merindui suara lunaknya itu.

"Hari ini saya di tempat rakaman. Alhamdulillah berkat sokongan peminat setia yang merindui saya, hari ini terbukti suara saya jadi igauan rakyat Malaysia. Mereka semua suka!

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri sedih radio tak siar lagu nyanyiannya, tapi tak serik... “Saya akan terus menyanyi kerana saya masih relevan”

"Ini komposer terkenal Abang Amy Ukays. Lagu sebelum ini pun dia buat. Kita teruskan ya sebab ramai orang nak dengar lagu La La Raya ini," katanya menerusi laman Facebook.

Lagu berjudul La La Raya 2021 itu merupakan hasil ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid.

Aliff muncul dengan lagu raya baharu.

Pada tahun 2019, Aliff menyanyikan lagu Jom Raya bergandingan bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana.

Lagu pertamanya itu menerima pelbagai reaksi pendengar dan rata-ratanya terhibur melihat aksi bersahaja jutawan kosmetik ini.

Bosan mak tiap tahun nak buat lagu raya... memang hati kebal budak ni, malas nak layan!

ROZITA IBRAHIM

IBU ALIFF SYUKRI

Sementara itu, menerusi laman Instagram Aliff meminta pandangan orang ramai mengenai perancangan untuk tampil dengan single baharu itu.

Salah satu komen yang menarik perhatian pengikut ialah komen ibunya iaitu Rozita Ibrahim yang mengakui tidak suka mendengar suara usahawan itu.

Meskipun begitu, Rozita tetap meluahkan rasa syukur kerana Aliff tidak mengundang rakan rapatnya dalam lagu baharu ini.

Lagu raya 2021 ini ciptaan Amy Ukays dan lirik bersama Shahidah.

"Kri (nama panggilan Aliff) oh Kri... sudahlah nyanyi-nyanyi, benci mak tengok kau menyanyi sumbang tunggang-langgang.

"Suka buat orang marah, kau tak kaya sebab menyanyi, saja bahan orang tapi mak bersyukur la dalam marah ni, kau tak menyanyi dengan jadian.

"Bosan tiap tahun nak buat lagu raya... memang hati kebal budak ni, malas nak layan," tulis Rozita.

Komen yang ditulis oleh pengasas produk kesihatan tradisional itu menerima pelbagai reaksi pengikut hingga ada mengaitkan dengan rakan baik Aliff iaitu Nur Sajat.

Sebelum ini Aliff pernah menyanyikan lagu Bobo Di Mana bergandingan bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna pada tahun 2018.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain