suria

Bidang perniagaan bantu Mawar Rashid perbaiki cara bercakap

Mawar seronok berniaga.

DARI dunia lakonan kini bergelar usahawan kosmetik, pelakon Mawar Rashid melahirkan rasa syukur apabila perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan yang sangat baik.

Berpegang kepada prinsip buat bersungguh-sungguh, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, berkata, dia kini mampu tersenyum dengan kerja keras itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tawaran Berlakon Makin Banyak Sejak Kontroversi GST - Mawar Rashid

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘instafamous’ jadi pelakon, Mawar Rashid percaya produksi tahu yang terbaik untuk bisnes mereka - “Takkan la stesen televisyen nak ambil yang kayu”

Mawar tampil dengan produk kosmestik keduanya, Mawarose Glow Mist.

"Alhamdulillah... dari segi peribadi, saya memang banyak belajar bila buat bisnes ini. Saya berpegang pada prinsip kalau nak buat sesuatu, kena buat bersungguh-sungguh.

"Sebab itu, saya ada masuk kelas masa awal-awal saya ceburi bidang perniagaan dan Alhamdulillah, produk pertama saya dapat sambutan.

"Banyak ilmu saya dapat dalam dunia perniagaan selain dapat perbaiki cara saya bercakap," katanya kepada mStar.

Saya berpegang pada prinsip kalau nak buat sesuatu, kena buat bersungguh-sungguh.

MAWAR RASHID

PELAKON

Isteri kepada Raf Yaakob ini ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharunya iaitu Mawarose Glow Mist di Hotel Everly, Putrajaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini turut berkongsi pengalamannya dalam dunia seni yang bangkit semula selepas dikecam netizen.

Katanya, dia berjaya membina keyakinan diri dan membuang perasaan gemuruh ketika ditemuramah secara langsung.

"Sebenarnya dari kecil saya mempunyai cita-cita yang tinggi. Dari zaman sekolah rendah, saya teringin nak masuk TV selepas melihat lakonan Elfira Loy. Dengan usaha dan berkat doa ibu saya berjaya ceburi industri seni.

Mawar percaya diri untuk capai cita-cita.

"Saya pernah melalui fasa dimana saya hilang keyakinan diri, cepat gemuruh bila bercakap dan rasa tertekan selepas insiden dikecam ketika berada di sebuah program.

"Tapi saya bangkit semula... saya percaya pada diri saya sebab saya ada cita-cita yang tinggi dan yakin Allah akan tunjuk jalan untuk saya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan ingin membantu orang lain juga," ujarnya.

Untuk rekod, Mawar pernah mencetuskan kontroversi ketika awal kemunculannya sebagai finalis Dewi Remaja 2014/2015 apabila tidak memahami isu Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain