suria

Neelofa reda dikompaun, anggap satu pengajaran - “Maaf beri sedikit masalah”

Neelofa menerima dengan hati terbuka selepas didenda pihak berkuasa.

SUSULAN majlis perkahwinan didapati bersalah langgar prosedur operasi standard (SOP) dan dikenakan kompaun sebanyak RM60,000, pelakon dan pengacara popular, Neelofa Mohd Noor menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Menurut Neelofa, 32, dia menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan akan lebih menitikberatkan mengenai soal kepentingan menjaga SOP selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan PU Riz bersalah! Keluarga turut dikompaun keseluruhan RM60,000 langgar SOP

"Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa.

"Ia juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP," katanya.

Neelofa mengulas mengenai kompaun yang dikenakan terhadapnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon maaf sekiranya kes melibatkan dirinya itu telah menganggu kelancaran kerja-kerja harian orang ramai disebabkan penguatkuasaan ketat pihak berkuasa.

"Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian.

Ia juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.

NEELOFA

PELAKON, PENGACARA

"Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, pasangan selebriti ini dan keluarga akhirnya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Isu itu timbul selepas beberapa foto menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKPB ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tular di media sosial.

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di hotel di ibu negara, 27 Mac lalu.

Sehari selepas itu mereka terbang ke Langkawi dengan alasan menghadiri pembukaan beberapa cawangan francais minuman di zon utara.

Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai Polis Sri Hartamas menyatakan mereka dibenarkan berada di lokasi berkenaan bermula 27 Mac hingga 4 April.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain