WALAUPUN media sosial dilihat sebagai medium yang paling penting pada masa kini lebih-lebih lagi buat para selebriti, namun hal ini berbeza buat penyanyi rap, Loca B. Menurut Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, dia mengambil keputusan untuk 'menjauhkan diri' seketika daripada media sosial sejak dua bulan lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Loca B tak mahu terlalu terbuka kongsi kisah peribadi - “Saya ibu tunggal sebelum berkahwin dengan Tuju” "Saya matikan notifikasi di media sosial sejak dua bulan agar tidak selalu menghabiskan masa terlalu kerap di sini bagi mendapatkan sedikit ketenangan. "Media sosial sering memberikan rasa kebimbangan melampau (anxiety) pada diri saya. Perkongsian Loca B di Instagram. "Tapi saya sangat menghargai anda semua yang selalu tag dan beri direct message pada saya. Maaf tak dapat nak balas," katanya. Sebelum ini, beberapa selebriti popular seperti Diana Danielle, Remy Ishak dan Ardell Aryana juga pernah berkongsi mengalami serangan kebimbangan (anxiety attack) sehingga mengganggu fokus mereka terhadap kerjaya seni. Media sosial sering memberikan rasa kebimbangan melampau (anxiety) pada diri saya. LOCA B PENYANYI RAP Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu Loca berkata dia bakal tampil dengan single terbaharu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Nama rapper berusia 29 tahun itu semakin meniti populariti selepas lagu Gila nyanyiannya bersama Kaka Azraff dan Noki berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) pada bulan lalu. Pasangan suami isteri ini kian mendapat perhatian peminat seni suara tempatan. Loca mendirikan rumah tangga dengan ahli kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zambri, 25, pada awal tahun lalu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Bintang Aiko yang dilahirkan pada November lalu. Loca juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Yusuf Alexander yang kini berusia lima tahun hasil daripada perkahwinannya terdahulu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!