SELEPAS kecoh di media sosial apabila netizen mempersoalkan imej Neelofa sebagai duta produk jenama Swarovski tercalar akibat isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), pengacara dan usahawan terkenal itu tampil mengesahkan dia bukan lagi duta jenama aksesori perhiasan popular itu. Menerusi laman Twitternya, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, menjelaskan kontraknya bersama jenama terkenal itu telah pun tamat pada bulan Disember lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan PU Riz bersalah! Keluarga turut dikompaun keseluruhan RM60,000 langgar SOP "Kontrak saya bersama Swarovski telah pun tamat pada Disember 2020 namun kami masih mempunyai hubungan yang baik dan akan terus kekal begitu. "Harap ini dapat menjelaskan (perkara sebenar)," katanya. Neelofa menjelaskan perkara sebenar mengenai kontraknya. Penjelasan Neelofa itu bagi menjawab persoalan netizen yang menggesa jenama tersebut untuk menamatkan kerjasama mereka dengan personaliti popular itu disebabkan kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menerusi ciapan sebelum ini, Swarovski mengesahkan Neelofa tidak lagi mewakili jenama mereka."Pihak kami boleh sahkan yang kami tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa," katanya. Kontrak saya bersama Swarovski telah pun tamat pada Disember 2020 namun kami masih mempunyai hubungan yang baik dan akan terus kekal begitu. NEELOFA PENGACARA, USAHAWAN Respon Swarovski itu adalah bagi menjawab pertanyaan netizen yang mengatakan sekiranya Neelofa merupakan selebriti Korea Selatan yang terpalit dengan kontroversi, mana-mana jenama produk yang diwakilinya pasti akan ditarik balik serta merta.Nama Neelofa menjadi hangat selepas majlis perkahwinannya bersama pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, didakwa telah melanggar SOP. Ciapan netizen yang menggesa produk diwakili Neelofa supaya mengugurkan nama selebriti terbabit. Susulan itu, Neelofa serta keluarga telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 di atas kesalahan tersebut. Bekas pengacara MeleTOP itu diijabkabulkan dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 26, pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dalam sebuah majlis yang bertemakan serba putih. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!