suria

Anak Didie Alias positif Covid-19, berjangkit dengan bekas suami pelakon Ridzuan Hashim

Ridzuan Hashim bersama tiga anak gadisnya hasil perkahwinan dengan Didie Alias.

DUGAAN besar buat pelakon Didie Alias apabila anaknya iaitu Nur Dayini disahkan positif Covid-19 dan dihantar ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) pada Jumaat.

Menurut Didie, 49, Dayini dijangkiti wabak tersebut selepas menjaga bapanya iaitu aktor Ridzuan Hashim yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung dan masalah paru-paru berair.

ARTIKEL BERKAITAN: Didie Alias hilang 500,000 pengikut, scammer minta RM4,000 untuk pulang semula IG

“Kebetulan anak saya memang jaga bekas suami di hospital. Nak jadikan cerita, bila bekas suami pulang ke rumah, dia dimaklumkan rupa-rupanya ada pesakit Covid-19 di hospital tersebut.



Nur Dayini (dua dari kanan) dirawat di PKRC Maeps sejak Jumaat.

“Selepas dimaklumkan perkara itu, dia terus lakukan ujian calitan dan disahkan positif. Beberapa hari selepas itu, anak saya pula alami simptom demam dan sakit tekak. Dia pun lakukan ujian calitan.

“Hari Rabu lalu dia disahkan positif. Disebabkan dia alami beberapa simptom seperti hilang deria rasa... semalam (Jumaat) dia dihantar ke Maeps untuk rawatan selanjutnya, ” kata Didie kepada mStar.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali itu ditemui di Bazar Aidilfitri Raya Che Salmah di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, pelakon drama siri Takdir Yang Tertulis itu melahirkan rasa syukur apabila keadaan Dayini semakin baik dan bekas suaminya juga sudah pulang ke rumah selepas jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Dia alami beberapa simptom seperti hilang deria rasa.

DIDIE ALIAS

PELAKON

“Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik cuma dia ada la mengadu rindukan alat-alat tulis yang berada di rumah. Syukur juga, bapanya sudah pulang ke rumah.

“Keadaan bapa dia pun semakin baik cuma masih jalani kuarantin di rumah. Ini merupakan dugaan terbesar di bulan Ramadan terutama ketika acara bazar saya sedang berlangsung selain Instagram godam.

“Tapi beberapa lalu saya sudah mendapatkan akaun berkenaan semula dengan bantuan pihak SRC Record Music, ” ujarnya.



Didie melayan peminat yang berkunjung ke Bazar Aidilfitri Raya Che Salmah di World Trade Centre (WTC).

Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.

Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain