suria

Sedih tak dapat ziarah raya, Rebecca Nur Al Islam bagi mesej kepada PM... mohon teliti semula SOP Aidilfitri

Rebecca harap Muhyiddin Yassin meneliti semula SOP Aidilfitri.

PENGUMUMAN kerajaan tidak membenarkan aktiviti ziarah raya dilakukan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menyebabkan rakyat berdukacita termasuklah pelakon Rebecca Nur Al Islam.

Rebecca menerusi video yang dimuat naik di Instagram merayu agar kerajaan meneliti semula perlaksanaan SOP bagi membenarkan sekurang-kurangnya ziarah dilakukan antara keluarga pada 1 Syawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluruh negara pakai SOP sama, tak timbul isu keliru - “Buat 3.0 marah, 1.0 pun marah...”

Pelakon berusia 35 tahun ini turut meluahkan rasa terkilan apabila tidak dibenarkan untuk menziarah kubur saudara terutama arwah bapanya yang sudah meninggal dunia sejak empat tahun lalu.

"Sekurang-kurangnya hari raya pertama bolehlah menziarah saudara mara terdekat tetapi dimaklumkan baru-baru ni kita PKP balik. Kami amat sedih walau kami tahu memang penyakit satu dunia alami ini tengah merebak luas.



Rebecca turut memohon maaf kepada Muhyiddin Yassin jika kata-katanya mengores hati.

"Justeru, ada beberapa benda kami rasa tak puas hati dan tak logik kerana mungkin ada keluarga yang sudah membeli barang-barang basah untuk berkumpul dengan keluarga. Kenapa bagi tahu last minit?

"Kita faham rentas daerah dan negeri tidak boleh, sama juga perhimpunan sosial. Okey lagi. Tapi ziarah kubur pun tak boleh? Ziarah kubur ni tak sekali ramai-ramai adik-beradik sampai 100 orang pun, kita jagalah SOP.

"Saya yang sudah hilang ayah sejak 2017 dan ibu saya mungkin rindu arwah ayah pasti ingin menjenguk kubur arwah. Itu satu benda tak logik, kita boleh ziarah dengan pakai mask dan saya yakin jarak kubur pun jauh-jauh," katanya.

Menerusi video itu, Rebecca mengesyorkan beberapa perkara kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penetapan SOP pada sambutan hari raya Aidilfitri pada Khamis.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan PKP menyeluruh seluruh Malaysia bermula 12 Mei hingga 7 Jun dan sehubungan itu, aktiviti ziarah rumah ke rumah dan kubur sempena sambutan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor.

REBECCA NUR AL ISLAM

PELAKON

Dalam pada itu, Rebecca juga menyatakan kekeliruan tentang kebenaran operasi beberapa sektor seperti pusat beli-belah dan perkilangan namun melarang untuk menziarahi rumah ibunya yang berdekatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Naik kereta 3 orang boleh pula ke shoping mall? Kalau fikir balik hari raya ziarah rumah mak berdekatan tak boleh, pergi shoping mall boleh, ia satu benda tak logik ya.

"Contohnya, jika saya rindu ibu saya dan nak meminta maaf, adakah saya terpaksa call, jumpa kat KLCC sebab saya nak sangat cium tangan ibu. Adakah perlu menipu pihak atasan? Nak jumpa ibu tapi tipu ke shopping mall.

"Jadi, saranan saya buatlah total lockdown selama 21 hari untuk semua sektor. Ini kilang boleh buka, construction site boleh buka. Konsepnya sama macam kita lawat kubur kawasan terbuka.



Rebecca kongsi gambar raya keluarga pada tahun lalu.

"Bagilah kami beraya satu hari saja untuk menziarahi keluarga. Saya memohon pihak kerajaan tolonglah kami, kami sedar tak boleh rentas negeri dan daerah, tapi tolong fahami kami jiwa rakyat Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Rebecca berharap kerajaan akan melonggarkan SOP dengan membenarkan aktiviti ziarah raya pada raya pertama atau melaksanakan sahaja Perintah Berkurang secara keseluruhan.

"Sekurang-kurangnya pada hari raya pertama kami dapat menziarahi saudara berdekatan. Jika tetap dengan keputusan tak boleh menziarahi, tolonglah buat total lockdown semua.

"Percayalah situasi ini akan sama tiada perbezaan sampai bila-bila akan jadi macam ni," tambahnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain