suria

Tak dapat raya bersama, Shaheizy Sam rindu masakan sambal goreng jawa mummy

Shaheizy Sam menyambut lebaran berjauhan dengan ibunya yang kini menetap di Melaka.

SATU perkara yang paling dirindukan pelakon Shaheizy Sam pada sambutan lebaran kali ini adalah untuk menjamah sambal goreng masakan ibu tercinta, pelakon veteran Khaty Fauziah.

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, sudah lama dia 'kempunan' untuk merasai masakan istimewa ibunya yang kini menetap di Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman glamor dah berlalu... Shaheizy Sam tak kisah berniaga di bazar jumpa peminat

"Raya tahun ini saya sambut dengan isteri dan anak-anak sahaja sebab kita tidak boleh merentas negeri dan daerah.

"Waktu-waktu macam ini saya sangat rindu nak makan sambal goreng jawa masakan mummy saya.

Sam dan Syatilla amalkan sistem giliran balik kampung.

"Sekarang ini pun saya tengah fikir macam mana nak import sambal itu ke KL, mungkin nak kena suruh mummy poskan nanti," katanya kepada mStar.

Menurut Sam sejak mendirikan rumah tangga pada 2016, dia dan isteri, pelakon Syatilla Melvin mengamalkan sistem giliran untuk pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.

Waktu-waktu macam ini saya sangat rindu nak makan sambal goreng jawa masakan mummy saya.

SHAHEIZY SAM

PELAKON

"Mummy tak menangis pun saya tidak beraya sekali dengan dia sebab sejak lepas kahwin, saya dan Syatilla memang amalkan sistem bergilir-gilir balik kampung.

"Bila kita dah kahwin ini, kenalah jadi adil... kalau tahun lepas dah beraya dengan keluarga kita, tahun depannya dengan keluarga isteri pula.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi tahun ni, bila kita tidak dapat ke mana-mana hanya panggilan video menjadi pengganti diri," ujarnya.

Keluarga bahagia Sam.

Pelakon filem blockbuster Polis Evo ini merupakan anak bongsu Khaty Fauziah yang cukup dikenali dengan imej anak mak di awal kemunculannya.

Sam berkahwin dengan Syatilla, 30, pada 8 Februari 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia dua tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain