suria

Siti Sarah nak masak sotong pun tak tenang... terpaksa minta penjelasan Imam Muda Asyraf hukum makan dakwat sotong - “Jangan sebab tak setuju terus gelar orang bodoh”

Sarah terkejut apabila netizen menggelarkannya bodoh disebabkan masak dakwat sotong.

GARA-GARA berkongsi aktiviti sedang menyediakan juadah sotong masak hitam, penyanyi Siti Sarah dikecam netizen kerana dianggap tidak tahu tentang hukum hakam agama Islam.

Terkilan dengan komen netizen tersebut, Sarah meminta suaminya yang juga pelawak Shuib Sepahtu untuk bertanyakan sendiri kepada Iman Muda Asyraf mengenai hukum makan dakwat sotong yang dikatakan haram.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah hamil anak keempat - “Betul tak sangka, lepas enam tahun dapat lagi rezeki”

Menerusi perkongsian Sarah di Instagram, Iman Muda Asyraf menjelaskan bahawa hukum makan dakwat sotong adalah harus malah dalam laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut disertakan penjelasan tersebut.



Sarah memuat naik hantaran suara penjelasan Iman Muda Asyraf mengenai dakwat sotong.

"Sarah ini memang tak pandai... banyak nak kena belajar tapi orang yang konon tahu semua benda tak payah la senang-senang nak bodohkan orang. Jaga adab bila nak cakap. Cuba kalau Sarah bodoh-bodohkan orang yang Sarah tak kenal, sudah tentu ramai melenting punya.

"Bila Sarah sendiri pun keliru ada teguran macam tu, terus minta tolong Shuib bertanya kepada Imam Muda Asyraf.

"Terima kasih Iman Muda sudi bagi pencerahan. Ha, Iman Muda salah ke? Jangan pula ada yang nak pertikai lagi sebab mufti sendiri ada beri penjelasan kat website dia. Dalam tu boleh baca, hukum makan dakwat sotong adalah harus," katanya.

Penyanyi berusia 37 tahun ini turut memuat naik hantaran suara Iman Muda Asyraf menjelaskan perkara itu menerusi aplikasi WhatsApp di Instagram miliknya.

Takkan la tahap mufti yang hebat bab agama main suka-suka hati nak jatuhkan hukum kan.

SITI SARAH

PENYANYI

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Iman Muda Asyraf memberitahu setiap apa yang berada dalam perut binatang sememangnya sudah dikategorikan najis namun dakwat itu tidak haram kerana ia sudah menjadi sebahagian sotong.

"Memang kalau ikut Mazhab Shafiʽi dan sebahagian fakwa pun kata dakwat sotong dikategori sebagai najis. Setiap dalam perut binatang sama ada ikan atau apa saja termasuk dakwat sotong adalah najis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Cumanya, pandangan-pandangan zaman pada hari ini, antaranya sebahagian ulama contohnya Mufti Wilayah Perseketuan kata tidak haram kerana ia bukan najis sebab dah jadi sebahagian sotong.

"Jadi, untuk selamat kalau sotong itu dimasak terus dengan dakwat harus bersih... tak ada masalah. Kalau beli dakwat sotong asing, kita masukkan... itu kalau boleh dielakkan lebih baik untuk keluar daripada perselisihan pandangan para ulama," katanya.



Sarah minta tolong suaminya bertanyakan kepada Iman Muda Asyraf.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semakin ini turut berkongsi video penjelasan daripada Pencetus Ummah (PU) Azman mengenai perkara tersebut.

"Ha, siapa yang cakap bodoh tu? Tak baik tau. Takkan la tahap mufti yang hebat bab agama main suka-suka hati nak jatuhkan hukum kan. Lepas tu ada juga yang forward kat Sarah video penjelasan PU Azman fasal benda ni.

"Jadi lepas ini masaklah sotong masak hitam tenang-tenang... tak payah was-was atau rasa geli. Ada mufti dah jelaskan pun yang dakwat hitam tu dah jadi sebahagian daripada sotong tapi kalau nak faham lagi dengar voice note tu.

"Kita sama-sama belajar okay. Janganlah sebab satu benda tu korang tak setuju terus gelar orang bodoh. Tak baiklah," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain