suria

Lebih 30 tahun dalam industri... Bell Ngasri baru jadi pilihan pertama pengarah - “Saya tak kisah terima sahaja selagi orang suka!”

Bell bersyukur masih menerima banyak tawaran lakonan. Foto Instagram @bellngasriofficial

LEBIH tiga dekad membina nama dalam industri seni tanah air, pelakon dan pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur apabila bakatnya masih menjadi perhatian ramai sehingga kini.

Bagi memastikan dirinya kekal relevan, Bell atau nama sebenar Nasrizal Ngasri, 41, berkata dia tidak memilih tawaran lakonan dan tidak pernah berkecil meskipun namanya sering menjadi pilihan kedua penerbit.

"Alhamdulillah rezeki saya... saya pun sebenarnya tak tahu nak jawab apa bila orang tanya apa saya lakukan untuk kekal berada di sini. Cuma yang boleh saya cakap, saya cuma pastikan diri saya sentiasa ada, itu sahajalah strategi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya! Pelakon tempelan macam Bell Ngasri tetap ‘masyuk’ - “Dia terlalu mahal!”

"Sebelum ini saya selalu sahaja jadi artis kedua, ketiga tapi saya tak kisah saya terima sahaja dan buat yang terbaik untuk mereka. Mungkin sekarang baru orang semakin nampak karier saya.

"Saya ni dah berlakon sejak kecil... banyak juga cerita lakonan saya popular semasa itu. Sekarang ni saya tak kisah, selagi ada orang suka, orang nak tengok saya akan cuba bawa apa sahaja watak dengan sebaik mungkin," katanya kepada mStar.

Apabila semakin lama dalam industri, orang ingat harga saya mahal, sebenarnya harga saya jauh lebih murah dari artis-artis baharu yang lebih popular sekarang!

BELL NGASRI

PELAKON/ PELAWAK

Sementara itu, pelakon utama filem 18 Puasa Di Kampong Pisang ini mengakui tidak tercabar dengan kehadiran ramai pendatang baharu dalam industri.

Malah, Bell berkata dia seorang pelakon mudah untuk didekati oleh pelakon senior dan baharu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekarang ni ramai pelawak lahir dari program Raja Lawak... ada yang saya di belakang mereka tapi saya tak kisah dan tak pernah rasa ada gap antara kami! Saya cuba jadi kawan mereka, sedangkan ada pelakon dalam usia saya tak boleh sesuaikan diri dengan dunia sekarang, tapi saya pula tak ada masalah tentang itu.

"Apabila saya bersama budak baharu, mereka anggap saya dalam kelompok mereka, kalau bersama pelakon lama pula mereka rasa saya macam pelakon senior juga... jadi memang tak ada masalah nak berkawan dengan mereka semua," ujarnya.



Penampilan Bell (tengah) dalam Parodi MeleTOP sentiasa dinantikan peminat.

Selepas 34 tahun berada dalam industri seni, Bell berkata dia tidak pernah meletakkan harga tinggi seperti didakwa oleh adiknya yang juga pelakon dan penerbit, Darling Ngasri.

"Apabila semakin lama dalam industri, orang ingat harga saya mahal, sebenarnya harga saya jauh lebih murah dari artis-artis baharu yang lebih popular sekarang.

"Saya hanya ambil sebahagian dari mereka... itu pun orang kata mahal ke? Alhamdulillah rezeki saya masih ada!" ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain