suria

Penat berebut ‘register’ macam orang lain, Nad Zainal bengang tiba-tiba dituduh beli vaksin - “Dah ada benda percuma... buat apa nak bayar?”

Nad muat naik komen netizen yang membuat tuduhan terhadapnya.

PELAKON Nad Zainal berang apabila namanya secara tiba-tiba dipetik netizen di laman Twitter yang menuduh dia menggunakan saluran yang salah untuk mendaftar suntikan vaksin Covid-19.

Enggan membiarkan netizen terus menyebarkan perkara tidak benar, Nad menjelaskan dia juga seperti orang lain yang menunggu dan berusaha untuk memasuki sistem pendaftaran vaksin AstraZeneca pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita anak seni... mulut jangan capoi!” - Nad Zainal tegur gadis TikTok kritik Nabila Razali, busuk nama ‘budak teater’

Biarpun bersyukur berjaya mendaftarkan diri, suami dan bapanya, namun Nad berkata dia tidak pernah meminta untuk diberikan keutamaan berbanding orang lain kerana menyedari ramai lagi yang memerlukan vaksin tersebut.



Nad turut berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

"Selepas dah selesai semua tu, saya tengok Twitter dan nampak ada seseorang ni mendakwa konon-kononnya saya dapat vaksin melalui saluran salah. Sedangkan saya cuba beberapa kali juga macam orang lain.

"Saya juga tunggu dari pukul 11.30 pagi... menunggu turn nak daftar tapi bila ada orang buat tuduhan seperti itu, sudah tentu saya jadi marah sebab saya daftar melalui saluran yang betul.

"Saya tak pernah letakkan diri untuk dapat apa-apa keutamaan berbanding orang lain. Sebab saya tahu betapa susahnya nak dapatkan sesuatu yang sememangnya percuma. Mesti ramai orang nak.

Saya tak pernah letakkan diri untuk dapat apa-apa keutamaan berbanding orang lain.

NAD ZAINAL

PELAKON

"Dah ada benda percuma... buat apa nak berbayar. Mungkin sistem pendaftaran itu slow tapi Alhamdulillah saya bersyukur dapat daftar untuk beberapa orang ahli keluarga," kata Nad kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduhnya menggunakan status sebagai artis untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan cepat.

Bagaimanapun, Nad menerusi laman Instastory miliknya menepis dakwaan tersebut dan menjelaskan dia menggunakan saluran sama seperti orang lain malah ibunya antara yang gagal untuk mendaftar suntikan vaksin.



Nad bersama suami dan dua orang anaknya.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Takdir Yang Tertulis ini menasihati semua orang agar tidak mengambil kesempatan dan bersikap pentingkan diri sendiri dengan memotong barisan untuk mendapatkan vaksin.

"Nasihat saya untuk orang ramai... yang rasa-rasanya menggunakan saluran tidak betul seperti potong que, bagi saya memang tak patut buat macam itu.

"Sebab ramai lagi kawan-kawan saya yang ibu bapa mereka dah berumur 70 tahun ke atas masih lagi menunggu giliran untuk dapatkan vaksin. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri dan jangan buat andaian," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain