BAGI menyiapkan diri sebagai ketua keluarga, penyanyi Haqiem Rusli berkata dia banyak membuat kajian di Internet tentang panduan menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Ujar Haqiem, 23, biarpun agak berat untuk dipikulnya, namun dia akan berusaha dan bersedia mengalas tanggungjawab itu. “Saya bersedia dan tawakal sahaja. Ini perjalanan kita sebagai manusia yang sudah tertulis. Sebagai seorang lelaki saya cuba, nak cakap banyak pun saya sendiri belum masuk ke alam rumah tangga.ARTIKEL BERKAITAN: Umum bakal berkahwin, Haqiem Rusli gembira peminat bagi sokongan - “Perkara baik tak boleh disembunyikan” “Saya ada buat research sikit, banyak membaca macam mana nak jadi seorang suami baik dan bertanggungjawab. Ya mungkin agak berat di usia muda tapi saya akan usahakan, ” katanya kepada mStar. Ahad lalu penyanyi lagu Mimpi ini mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun ini dengan seorang gadis pilihannya. Dalam pada itu, Haqiem berkata dia membuat pendedahan berkenaan lebih awal bagi mengelak timbulnya sebarang fitnah berkaitan perkahwinannya itu. Ciapan Haqiem di Twitternya baru-baru ini. “Benda baik saya mahu kongsi, saya tak nak timbul fitnah pula. “Saya tidak mahu jika nanti saya ambil ujian HIV atau buat persiapan perkahwinan dan ada orang yang nampak... akan menimbulkan cerita-cerita tak betul. Lebih baik beritahu awal-awal, ” ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang gadis tersebut, Haqiem berkata mereka sudah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Katanya, wanita itu seorang yang memahami dan menerimanya dengan ikhlas. Saya ada buat research sikit, banyak membaca macam mana nak jadi seorang suami baik dan bertanggungjawab. HAQIEM RUSLI PENYANYI Malah, kedua-dua belah keluarga juga sudah merestui hubungan mereka. “Dia seorang yang faham dan tahu baik buruk saya. Dia ikhlas dan sayangkan saya. “Yang penting dia dapat bahagiakan saya. Saya tidak boleh dedahkan identiti sebab nak jaga privasi dia. Haqiem enggan berkongsi identiti pasangannya untuk menjaga privasi. “Alhamdulillah keluarga kami juga sudah restu hubungan kami, ” ujarnya. Dalam pada itu, berkongsi tentang majlis perkahwinan, Haqiem berkata, mereka sudah membuat persiapan sebanyak 40 peratus. Katanya, dia masih lagi berbincang mencari tarikh yang sesuai untuk majlis berkenaan Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!