suria

Badan berisi dalam MV Goodbye Hello, peminat syak Ernie Zakri hamil - “Lepas kahwin saya tak jaga makan, kurang exercise”

Antara babak yang terdapat dalam muzik video Goodbye Hello.

GARA-GARA kelihatan sedikit berisi dalam muzik video terbaharu Goodbye Hello, penyanyi Ernie Zakri menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka sedang berbadan dua.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, yang menafikan parkara itu berkata, dia dan suaminya Syamel masih menantikan rezeki dikurniakan cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie kini isteri Syamel, disatukan sempena berkat hari Jumaat

"Saya rasa semua pasangan yang dah berkahwin baik yang dah lama atau baru kahwin, semua nak ada rezeki anak. Cuma cepat atau lambat itu semua sudah ditentukan rezeki daripada Allah SWT.

"Bagi saya ia perkara yang normal (orang bertanya) sebab dulu orang tanya bila nak kahwin dan sekarang orang tanya bila nak pregnant, nanti lepas hamil orang tanya bila nak anak kedua and the list goes on," katanya ketika dihubungi mStar.

Pasangan bahagia Ernie dan Syamel.

Penyanyi Ku Bersuara ini juga mengakui tubuh badannya yang sedikit berisi selepas mendirikan rumah tangga mungkin mencetuskan salah faham terhadap peminat yang kini menyangka dia sudah berbadan dua.

"Saya rasa mungkin ada sedikit salah faham sebab saya kelihatan berisi sedikit ketika shooting muzik video Goodbye Hello.

"Lepas kahwin memang saya tak jaga pemakanan serta tak sempat exercise dan sekarang Alhamdulillah saya cuba untuk kembali jaga makan.

Saya rasa semua pasangan yang dah berkahwin baik yang dah lama atau baru kahwin, semua nak ada rezeki anak.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

"Bagi saya tiada isu sekiranya peminat menyangka saya sedang hamil, saya cuma mengaminkan sahaja doa-doa mereka," ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ernie dan Syamel berkahwin pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Ernie dan Syamel baharu sahaja muncul dengan muzik video (MV) Goodbye Hello yang dilancarkan minggu lalu.

Peminat teruja dengan lagu duet Ernie dan suami.

Bercakap mengenai sambutan terhadap MV tersebut, Ernie berkata dia gembira menerima maklum balas daripada peminat yang menyifatkan konsep MV itu dekat dengan jiwa mereka.

"MV lagu terbaharu kami berkisarkan tentang perancangan sebelum bergelar suami isteri serta kehidupan selepas itu.

"Memang idea kami berdua mahukan konsep MV yang simple dan pengarah berjaya merealisasikan seperti yang kami idamkan.

"Alhamdulillah, ramai yang kata mereka boleh relate dengan lagu dan MV kami... purpose kami buat lagu ini pun adalah untuk berkongsi tentang kisah kami dan saya gembira dengan sambutan yang diterima," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain