suria

Dapat keputusan cemerlang SPM, anak DJ Lin mahu ikut jejak langkah jadi penyampai radio - “Rupa-rupanya dia perhati perjalanan karier saya”

DJ Lin berbangga anak mahu sambung legasi dengan menjadi seorang penyampai radio.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu DJ Lin meluahkan rasa syukur apabila anak keduanya Nazren Asyran menerima keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

Berbangga dengan pencapaian itu, DJ Lin atau nama sebenar Roslinda Abdul Majid, 45, berkata anak lelakinya itu menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang komunikasi di sebuah universiti tempatan.

"Alhamdulillah Nazren lulus dalam peperiksaan SPM... apa pun keputusan yang diperolehi, saya sebagai ibu terima sahaja sebab dia dah berusaha buat yang terbaik mengikut kemampuan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak paksa DJ Lin kahwin - “Masa dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami”

"Saya dan anak sulung iaitu Nureen Areesya memang beri sokongan sepenuhnya sepanjang dia berdepan proses pembelajaran dalam keadaan pandemik ini, benar-benar mencabar dan menguji pelajar terutamanya calon SPM 2020.

"Sebelum ini Nazreen ada menyatakan minat untuk menjadi seorang penyampai radio, jadi jurusan komunikasi massa merupakan pilihan utama untuk dia menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya," katanya kepada mStar.



DJ Lin bersama dua anak tersayang, Nazren (kiri) dan Nureen (kanan).

Sementara itu, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM mengakui terkejut apabila Nazren memberitahu dia berminat untuk menjadi seorang penyampai radio kerana mahu menyambung legasinya dalam bidang ini.

Kalau diizinkan Allah dia ingin menyambung legasi empayar DJ Lin seperti yang dapat disaksikan sekarang ini!

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Memang terkejut apabila Nazren berminat nak jadi penyampai radio macam saya... katanya pengorbanan serta kejayaan yang dicapai oleh DJ Lin sepanjang 22 tahun melibatkan diri dalam dunia radio menjadi sumber inspirasi, menguatkan lagi keyakinan serta menjadi sebab utama kenapa dia ingin menceburi dunia penyiaran radio.

"Kalau diizinkan Allah dia ingin menyambung legasi empayar DJ Lin seperti yang dapat disaksikan sekarang ini... saya mulanya tergamam sebaik diberitahu yang dia nak jadi penyampai radio sebab sejak dari dia kecil sampai la usianya mencecah 18 tahun ni, tak pernah sekali pun kami bercerita tentang itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Malah, saya pun tak pernah menyuarakan hasrat kepada anak-anak agar mereka menceburi bidang yang sama seperti saya... sangat terharu rupa-rupanya selama ini anak memerhati setiap inci perjalanan karier seni DJ Lin," ujarnya.

Membongkar sisi peribadi anaknya itu, DJ Lin berkata Nazren memiliki karakter dan sifat peribadi yang sama sepertinya.



DJ Lin terkejut anak berminat sambung legasi sebagai penyampai radio.

"Nazren memiliki karakter serupa macam DJ Lin... seorang yang kaya dengan kasih sayang, pendengar yang baik dan sering menjadi tempat untuk orang di sekeliling berkongsi luahan hati dan masalah.

"Saya perasan dan selalu terdengar perbualan dia dengan kawan-kawan sekolah yang banyak mengadu serta bercerita masalah mereka... Nazreen akan beri kata-kata semangat dan idea untuk kawan-kawannya menghadapi masalah itu," ujarnya.

DJ Lin bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak bernama Nureen Aresya, 20, dan Nazren Asyran, 18.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain