suria

Adrea Abdullah ada niat murni buka pekung dunia hiburan, hakikatnya tak semua indah - “Jangan rasa terlalu senang atau naif"

Adrea Abdullah berkongsi kisah dalam industri di laman sosial.

PERKONGSIAN pelakon Adrea Abdullah tentang pengalamannya dalam industri hiburan di laman sosial nampaknya menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

Adrea, 44, yang dihubungi mStar berkata, apa yang dilakukan itu bukanlah untuk membuka aib sebaliknya memberi pengajaran kepada pelakon baharu agar lebih berhati-hati.

Kata, tidak semua apa yang dilihat dalam dunia seni ini indah seperti yang digambarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Lapar’ perhatian, Shahrulezad kesal pelakon wanita sanggup buka pekung artis lain di TikTok - “Dia tutup periuk nasi sendiri”

"Saya cerita sebagai iktibar supaya orang baharu jangan rasa terlalu senang atau naif tentang sesuatu perkara itu.

"Lagipun sepanjang saya bercerita, saya tidak pernah dedahkan nama sesiapa dalam perkongsian tersebut... malah saya sendiri tutup ruangan komen agar tiada sesiapa boleh tinggalkan komen berbentuk fitnah dalam entri saya itu.

"Bagi saya apa yang diceritakan itu bukan hanya berlaku dalam industri hiburan sahaja, semua industri pekerjaan sama sahaja... ini adalah realiti sebab saya pun pernah bekerja dalam bidang hartanah, perbankan dan insurans sebelum ini," katanya kepada mStar.

Terdahulu, pengarah Shahrulezad menegur tindakan seorang pelakon wanita yang gemar bercerita mengenai kisah negatif tentang selebriti di laman TikTok.

Biarpun Shahrulezad tidak mendedahkan nama, namun netizen memetik akaun Instagram Adrea Abdullah di ruangan komen.

Hanya menjadikan videonya itu sebagai hiburan, Adrea berkata dia tidak kisah sekiranya selepas ini ada mana-mana pengarah atau penerbit tidak mahu bekerjasama dengannya disebabkan perkara tersebut.

Saya cerita sebagai iktibar supaya artis baharu jangan rasa terlalu senang atau naif tentang sesuatu perkara itu.

ADREA ABDULLAH

PELAKON

"Saya tidak kisah... sebab bagi saya rezeki semua datang daripada Allah SWT. Kebanyakan yang tengok video saya itu kata mereka terhibur dengan perkongsian tersebut sebab saya berlaku jujur dengan apa yang berlaku dalam industri.

"Lagi satu saya tidak pernah dedah nama mana-mana individu yang dimaksudkan sebab tujuan saya hanya nak beri pengajaran kepada artis-artis baharu... ada kawan baik saya sendiri yang DM tanya siapa, pun saya tak beritahu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagi saya perkara sebegitu, biar saya seorang sahaja yang tahu. Saya cuma kongsikan perkara itu sebab sekarang semua orang berada dalam keadaan stress, memang saya buat video itu just for fun, nothing serious.

Adrea hanya berkongsikan realiti yang berlaku dalam bidang hiburan.

Adrea sebelum ini pernah mendedahkan yang dia pernah ditawarkan untuk menjadi kekasih seorang produser jika ingin memegang watak utama.

Namun, enggan maruahnya dipijak, Adrea telah menolak tawaran tersebut sehingga menyebabkan watak tersebut beralih tangan kepada seorang pelakon wanita lain.

Selain itu, dia juga berkongsi tentang pengarah yang datang ke set penggambaran dengan bergaya keterlaluan serta rakan artis yang suka bersembang lucah dengan para pelakon.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain