suria

Syafie Naswip lelong trofi FFM25, kumpul wang bantu golongan susah - “Nak bagi duit sendiri, tak tahu bila PKP akan berakhir”

Syafie nekad ingin jual trofi FFM25 ketika sesi IG live yang turut disertai rakan-rakan selebritinya.

TIADA cara lain untuk mendapatkan wang yang banyak bagi membantu golongan susah, pelakon Syafie Naswip membuat keputusan melelong Trofi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang dimenanginya dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Songlap pada 2013.

Mengakui berasa berat hati, Syafie atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Mohd Shafie Naswip, 29, berharap ada pihak akan membeli dengan harga tinggi agar dia dapat membantu lebih ramai orang yang berada dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafie Naswip imbau kenangan dengan arwah Nurhalim - “Aku cukup takut dan tidak faham dengan dia... tapi orangnya jujur dan penyayang”

"Saya dah pernah rasa zaman itu, sekarang kita kongsi dengan orang yang betul-betul memerlukan. Saya sayang kerja-kerja saya, jadi sudah tentu ada rasa sebak.

"Trofi itu adalah salah satu cara saya untuk dapat wang yang banyak. Mana tahu ada orang yang nak bid, mungkin RM10,000 atau RM25,000.



Sesi jualan amal Syafie di IG Live turut disertai rakan-rakan.

"Saya pegang dengan kata orang, kalau kita sayang satu benda, kita bagi pada orang lain. Kalau kita ada harta tapi tak boleh nak gunakan harta kita untuk orang lain, dia akan jadi sia-sia bagi saya.

"Jadi selagi boleh digunakan untuk membantu orang, kita cuba," ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, pelakon drama siri Budak Tebing 2 itu melelong beberapa pakaian miliknya bermula dengan harga RM10 sehingga RM50 secara langsung di IG disertai pelakon Erynne Erynna, Izzy Zulkhazreefa dan Amelia Henderson.

Saya sayang kerja-kerja saya, jadi sudah tentu ada rasa sebak.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Selain itu, Syafie berkata, dia menjual beberapa barang terpakainya dalam usaha mengumpul lebih banyak wang untuk projek sumbangan amal itu.

Dia terpanggil memulakan projek amal itu selepas menerima banyak mesej daripada netizen yang meminta bantuan kewangan di Instagram (IG).

Tambah Syafie, wang hasil jualan tersebut akan disalurkan ke tempat yang betul selain digunakan untuk membeli barangan keperluan individu yang sedang berdepan kesempitan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ramai yang minta bantuan dari segi duit tapi nak bagi sekarang ini dah ramai yang scam. Nak bagi duit sendiri, kita tak tahu bila PKP akan berakhir. Kalau setakat seorang dua saya mampu lagi.

"Itu yang saya come out dengan jual preloved bersama rakan-rakan artis yang lain. Duit hasil jualan memang kami tak ambil walau satu sen pun... semuanya akan digunakan untuk orang memerlukan.



Syafie menang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Songlap pada 2013.

"Kita akan gunakan untuk beli keperluan makanan dan pampers. Tapi kita ikut juga apa yang mereka perlukan. Semua duit jualan dan kutipan memang akan disalurkan ke tempat yang betul.

"Untuk hasil jualan baju saya malam tadi dah dapat dalam RM600. Tapi masih ada WhatsApp yang belum kami balas. Duit derma yang kami terima akan dikongsikan di Instagram nanti," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain