suria

Baiknya hati Elizabeth Tan... kongsi separuh pendapatan bantu orang susah - “Kalau tak dapat duit hari ni, saya janji secepat mungkin”

Netizen memuji sikap murni Elizabeth ingin membantu golongan yang dalam kesusahan.

SIMPATI dengan keadaan masyarakat, penyanyi Elizabeth Tan membuat keputusan menghulurkan separuh pendapatannya kepada golongan susah.

Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei meminta individu yang berdepan kesukaran menghubunginya secara peribadi di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sedia tinggalkan ibu, Elizabeth Tan, suami tak sebumbung - “Kami jumpa bila perlu”

"Saya nak mencuba membantu sesiapa yang memerlukan. Jadi, saya membuat keputusan pada bulan ini, saya nak beri 50 peratus daripada hasil pendapatan saya untuk bantu.

Saya dah transfer duit kepada lebih 20 orang tapi tiba-tiba dah kena sekat dengan bank.

ELIZABETH TAN

PENYANYI

"Kalau anda memerlukan bantuan, anda boleh DM nombor akaun anda. Saya tak boleh nak bantu semua orang, jadi saya harap semua orang berlaku jujur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sebab banyak sangat keluarga yang tak cukup makan dan tolong jangan ambil hak mereka," katanya.

Penyanyi berusia 27 tahun itu sebelum ini berkongsi video meluahkan hasratnya ingin membantu golongan yang dalam kesusahan menerusi laman Instagram.

Rata-rata peminat memuji sikap pemurah penyanyi lagu Semua Sudah ini yang sanggup berkongsi rezekinya dengan golongan memerlukan.



Elizabeth beri bantuan kepada lebih 20 individu.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk menghubungi Elizabeth bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara tersebut belum berhasil apabila penyanyi itu tidak membalas mesej yang dihantar.

Dalam pada itu, Elizabeth juga memberitahu dia sudah memindahkan wang kepada lebih 20 orang namun berlaku kesilapan teknikal yang menyebabkan transasi tersebut gagal.

Elizabeth berkata, dia tetap berpegang pada janji untuk memindahkan wang yang sepatutnya diberikan kepada individu terpilih secepat yang mungkin.

"Saya dah transfer duit kepada lebih 20 orang tapi tiba-tiba dah kena sekat dengan bank. Jadi, saya kena hubungi pihak mereka. Kalau tak dapat duit hari ini... saya janji, saya akan beri secepat mungkin dekat korang," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain