suria

Ketepi perasaan bimbang... Azar Azmi sertai misi bantuan khas ke beberapa negeri - “Saya buat demi arwah ibu bapa”

Azar seronok berpeluang sertai misi menghulurkan bantuan kepada golongan susah.

SIMPATI nasib golongan susah, pelakon Azar Azmi terpanggil untuk menyertai misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 ke beberapa buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bermula Selasa lalu.

Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi berharap perkongsiannya merentas beberapa negeri tidak dipersoalkan berikutan misi bantuan khas yang disertainya itu di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi ‘clingy’ dengan Hafreez Adam, boleh teman borak berjam-jam sampai tertidur - “Dia serius lain, sentiasa gelak”

"Misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 ini di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan, YAM Tengku Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Bukannya saya saja nak bergerak ke sana sini tanpa kebenaran.

Azar 1

Azar bersyukur persediaan untuk misi bantuan berjalan dengan lancar.

"Setiap pergerakan kami pun diiringi kenderaan polis. Sebelum ini pun, saya ada join program bantuan untuk mangsa banjir tahun lalu. Untuk misi ini, ada beberapa negeri yang kami akan pergi untuk menghantar bantuan.

"Macam semalam, kami pergi dalam tiga lokasi sekitar Selangor manakala Jumaat ini akan ke Negeri Sembilan dan Insya-Allah kami akan ke Pahang pada Sabtu, "katanya kepada mStar.

Pada Rabu, pelakon drama siri Derita Untuk Bahagia ini meluahkan rasa syukur apabila persediaan untuk Misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 berjalan dengan lancar di laman Instagram miliknya.

Takut memang la ada sebab kita berdepan dengan virus tak nampak.

AZAR AZMI

PELAKON

Menerusi kapsyen di Instagram, Azar memberitahu dia dan semua pihak yang bertanggungjawab dalam misi itu mencuba sedaya upaya untuk menghantar bantuan kepada golongan yang memerlukan di beberapa negeri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Azar berkata dia juga menyumbang wang simpanannya selain membuka tabung bagi mengutip dana menerusi jualan produk kosmetiknya.

"Selain turun padang, saya juga ada menyumbangkan duit. Saya juga ada buka tabung bersama team saya. Setiap penjualan produk saya, RM1 akan dimasukkan dalam tabung misi itu.

Azar 2Azar akui berasa bimbang sekiranya dijangkiti Covid-19 ketika melaksanakan misi bantuan.

"Hasil duit yang dikumpul itu, saya akan beli barangan keperluan asas. Misi bantuan ini memberi kesedaran kepada saya... membuatkan saya lebih hargai apa yang saya ada sekarang, " ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama popular Nur 2 ini berkata, biarpun berasa bimbang dijangkiti Covid-19 ketika melaksanakan misi itu, dia tetap mahu meneruskan kerja amal itu demi arwah ibu bapanya.

"Takut memang la ada sebab kita berdepan dengan virus tak nampak. Tapi saya tawakal... tak fikir apa sebab saya pun tak ada apa nak kejar dalam dunia ini lagi.

"Walaupun berisiko tinggi tapi saya join misi ini pun untuk arwah ibu bapa saya. Kalau terkena (jangkitan), saya reda. Tapi, sepanjang misi ini memang kami lebih berjaga-jaga soal SOP, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain