KEADAAN kesihatan Hafiz Suip terus menjadi tanda tanya apabila foto terbaharunya memperlihatkan bentuk badan penyanyi itu semakin susut. Menyedari kebimbangan peminat, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 31, berkata, dia berada dalam keadaan baik dan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan. ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang... nanti you kena duduk depan” - Rupa-rupanya Hafiz Suip ‘prank’ isteri muncul dalam persembahan AJL34 "Assalamuailakum guys... ni sikit lagi nak kembang, tunggu gim buka sahaja. "Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa yang tentukan termasuk diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, (sebab) itu kita jumpa doktor. "So far, Alhamdulillah okay guys... dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita, " katanya menerusi Instagram. Perkongsian Hafiz di laman Instagramnya. Bersama kapsyen itu Hafiz berkongsi foto dia di depan cermin sambil menunjukkan otot di bahagian lengannya. Dalam pada itu penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu turut berterima kasih di atas keprihatinan peminat terhadapnya dan turut mendoakan yang terbaik buat semua. Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan, bukan siapa-siapa yang tentukan termasuk diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu, (sebab) itu kita jumpa doktor. HAFIZ SUIP PENYANYI "Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan anda... terima kasih di atas keprihatinan kalian. "Saya sayang kalian sampai jannah, InsyaAllah, " tulisnya. Sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu mendapat perhatian apabila memuat naik satu status di laman Instagram, memohon maaf di atas segala kesilapannya. Hafiz bersama isteri dan dua anak lelakinya. Menurut anak jati Kuching, Sarawak ini dia berbuat demikian kerana takut dengan azab Allah di hari pembalasan kelak. "Saya minta maaf jika pernah tersalah cakap, terkecilkan hati atau ada dendam yang tersimpan selama ini... maafkan saya. "Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng... tapi hakikatnya saya takut azab Allah SWT di mana suatu hari nanti apabila saya mati saya akan dihisab. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya tidak minta lebih, cuma doakan yang baik dan saya minta kalian bermodalkan lima minit sahaja, ada masalah... dua rakaat minta dengan Allah, itu sahaja, " katanya. Usaha mStar untuk mendapatkan komen lanjut daripada Hafiz belum berhasil berikutan dia tidak menjawab panggilan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!