suria

Hakeem Outbreak positif dikecam netizen, seronok ‘follower’ bertambah - “Mereka kata saya poyo tapi view YouTube meningkat”

Hakeem (tengah) pernah dikecam netizen yang menganggap dia seorang yang suka berlagak.

TIGA tahun mencipta nama dalam industri muzik, kumpulan Outbreak yang dianggotai tiga anak muda iaitu Shakirin Shah 21, Allif Firdaus, 21 serta Hakeem Zamall, 23, pernah berdepan dengan pelbagai kecaman.

Menurut Hakeem, dia paling banyak dikecam netizen antara mereka bertiga apabila video cabaran makan mi segera pedas yang dimuat naik di YouTube dua tahun lalu menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, Hakeem melihat perkara itu secara positif apabila pengikut di laman sosial dan tontonan video di YouTube meningkat secara mendadak akibat kecaman itu.

"Antara kami bertiga, saya pernah teruk kena kecam disebabkan video makan maggi yang dimuat naik di YouTube dua tahun lalu. Sehingga kini video tersebut sudah mendapat lebih 2.8 juta tontonan.

Sehingga kini video tersebut sudah mendapat lebih 2.8 juta tontonan.

HAKEEM ZAMALL

PENYANYI

"Boleh katakan 80 peratus netizen yang meninggalkan komen memang kecam saya... ada yang kata saya ini acah 'poyo', berlagak la dan nak tunjuk power.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi ada hikmah juga disebalik kecaman itu... pengikut di laman sosial kami pun meningkat dan video kami di YouTube pun dapat banyak tontonan," kata Hakeem kepada mStar.

Hakeem berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual Outbreak yang melancarkan lagu terbaharu mereka berjudul Infiniti secara maya pada Jumaat.

Untuk rekod, Outbreak sebelum ini dianggotai lima orang ahli namun dua orang daripada mereka iaitu Zaim dan Zareef mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai kumpulan itu.

Outbreak 2

Outbreak kini dianggotai tiga orang anak muda, Allif (kiri), Shakirin dan Hakeem.

Menerima keputusan itu dengan hati terbuka, Shakirin mewakili ahli kumpulannya berkata mereka bertiga sentiasa akan mendoakan Zaim dan Zareef terus berjaya di masa kelak.

"Kami menghormati keputusan Zaim dan Zareef untuk keluar daripada Outbreak. Saya, Aliff dan Hakeem sentiasa mendoakan perjalanan mereka supaya terus berjaya dan dipermudahkan.

"Biarpun banyak kenangan pahit manis yang telah kami lalui sepanjang tiga tahun menempa nama, namun kami tidak boleh patah semangat untuk memastikan kumpulan ini terus diingati dan diterima ramai.

"Sebab itu, kami tampil dengan buah tangan baharu berjudul Infiniti. Single ini menonjolkan kekuatan dan keunikan suara masing-masing," ujar Shakirin.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!



Video Hakeem yang menerima kecaman netizen rain 2.8 juta tontonan YouTube

Artikel Lain