suria

[VIDEO] Fify Azmi bukan songsang... mengaku pernah beberapa kali putus cinta - “Mama tahu anak dia ni macam mana”

SERING kali ditawarkan karakter lasak dan berperwatakan tomboi, nama pelakon Fify Azmi tidak terkecuali terpalit dengan kontroversi apabila peminat mendakwanya mempunyai nafsu songsang.

Menurut Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohammad Azmi, 31, dia sedar mengenai dakwaan tersebut namun tidak menyalahkan peminat sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi bukan punca perpisahan, Rashidi tidak tutup pintu hati untuk Vanidah Imran

"Saya tahu ramai yang cakap saya macam itu tapi sebenarnya saya memang seorang yang straight. Saya memang tak salahkan mereka pun.

"Saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka, macam contoh kalau saya tengok seorang pelakon itu sering kali ditawarkan watak yang sama seperti itu, mesti kita akan fikir macam itu juga kan.

"Tapi saya percaya peminat sekarang dah bijak, mereka tahu yang mana satu lakonan dan mana satu realiti, " katanya ketika dihubungi mStar.

fify

Antara DM yang diterima Fify daripada peminatnya.

Ketika ditanya tidakkah dia teringin mahu mencuba watak yang lebih feminin agar dapat lari daripada tanggapan skeptikal peminat terhadapnya, Fify berkata dia tidak boleh bersikap memilih memandangkan masih lagi baharu dalam industri ini.

"Saya tidak boleh demand watak sebab masih lagi setahun jagung dalam industri ini. Orang dah bagi saya kepercayaan untuk berlakon pun saya dah syukur Alhamdulillah.

"Kiranya kalau mereka sukakan saya dengan aksi lasak memang saya harus buat, sekurang-kurangnya orang nampak bakat saya lebih-lebih lagi apabila melibatkan babak-babak sukar seperti berlawan dan bertarung.

Saya tahu ramai yang cakap saya macam itu tapi sebenarnya saya memang seorang yang straight. Saya memang tak salahkan mereka pun.

FIFY AZMI

PELAKON

"Kalau ada cerita-cerita buruk pasal saya memang cepat-cepat inform beritahu mama. Berita baik atau buruk semua saya forwardkan pada mama dan dia memang sentiasa bagi sokongan dan tahu anak dia ini macam mana orangnya, " ujarnya lagi yang membuat kemunculan sulung dalam bidang lakonan menerusi filem Wira.

Mengakui pernah melalui beberapa episod kegagalan dalam percintaan sebelum ini, Fify berkata buat masa ini dia masih solo dan agenda mencari pasangan hidup bukan keutamaannya pada masa sekarang.

fify1Drama terbaharu lakonan Fify Azmi menggandingkannya dengan Elisya Sandha dan Syaidatul Afifah.

"Saya pernah putus cinta beberapa kali sebelum ini dan sekarang fokus saya cuma untuk kerjaya dan membanggakan mama saya.

"Single is better... lebih baik saya fokus pada kerjaya lakonan yang semakin diterima baik oleh penonton, " katanya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Drama terbaharu lakonan Fify, Ratu Ten Pin kini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria (104) pada pukul 11 malam.

Menerusi drama terbitan JS Pictures itu, Fify turut tampil dengan watak lasak dan tomboi serta menuntutnya untuk berambut pendek.

Selain Fify, Ratu Ten Pin turut dibintangi Nazim Othman, Elisya Sandha, Syaidatul Afifah dan Sheila Rusly.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain