suria

Hanna Aqeela henti kongsi foto kekasih di laman sosial, sedar bukan semua orang suka tengok

Hanna tak kongsi foto teman lelaki di laman sosial.

SIAPA sangka pelakon Hanna Aqeela yang mempunyai karekter wanita lemah lembut sebenarnya seorang yang sangat aktif dalam sukan bola sepak terutama futsal sejak berusia 16 tahun.

Hanna atau nama sebenarnya Hanna Aqeela Mohd. Rosni berkata, dia mempunyai pasukan bola tersendiri yang kerap menyertai pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanna Aqeela Tak Perlu Raih Populariti Mendadak

Malah bukan sahaja Hanna, malah semua ahli keluarga termasuk ibu pelakon berusia 31 tahun ini turut gemar bermain sukan tersebut memandangkan bapanya merupakan jurulatih bola sepak.

Hanna mula aktif dalam sukan bola sepak sejak usia 16 tahun.

Hanna aktif bermain bola sepak sejak usia 16 tahun.

"Saya mula bermain bola terutama futsal sejak berusia 16 tahun lagi. Hanya untuk berseronok saja tapi saya ada team yang akan sertai pertandingan juga.

"Orang nampak saya macam seorang yang lembut tapi sebenarnya jiwa saya kasar juga. Satu keluarga saya memang main bola termasuk ibu.

"Ayah pula memang seorang jurulatih bola sepak. Adik-beradik perempuan saya yang lain juga turut aktif dalam sukan bola sepak ini," kata Hanna kepada mStar.

Satu keluarga saya memang main bola termasuk ibu.

HANNA AQEELA

PELAKON

Pelakon drama siri Ombak Rindu itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika sesi Instagram Live atau IG Live bersama mStar pada Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, Hanna turut berkongsi mengenai watak dan drama lakonan terbaharunya berjudul Suara Hati yang akan ditayangkan di Astro Prima bermula Isnin depan.

Dalam pada itu, Hanna juga mendedahkan dia sudah mempunyai teman lelaki namun memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut di laman sosial.

"Sebenarnya saya memang ada kekasih yang kami sudah lama bercinta dan sebelum ini, saya selalu juga share foto bersama dia di laman sosial.

"Tapi bila lama-kelamaan, saya fikir lebih baik saya berhenti kongsi... sebab tak semua orang akan suka tengok dan boleh terima. Jadi, lebih baik saya simpan sendiri saja.

"Bagi saya, kalau benda itu mengundang perkara tidak baik... saya tak share la. Kalau perkara itu baik, saya akan kongsikan kepada umum," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain